Saturday, February 21, 2015

MCA Tak Sisih Keluarga Mangsa MH370


Kedatangan Tahun Baru Cina pada 19 Feb lepas merupakan platfom terbaik para pemimpin untuk turun bertemu dan meraikannya bersama rakyat. Ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur seperti biasa akan mengadakan jamuan rumah terbuka yang dihadiri oleh pelbagai masyarakat berbilang bangsa dari semua peringkat umur.

Turut kelihatan keluarga mangsa MH370 dari China yang berkumpul bagi menyuarakan rasa tidak puashati kerana pesawat masih tidak ditemui. Keriuhan ini adalah berikutan pengisytiharan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) bahawa MH370 sebagai satu kemalangan dan semua 239 mangsa dianggap terkorban.

Sukar bagi DCA untuk membuat keputusan ini, namun ia tindakan perlu bagi membolehkan ahli keluarga mangsa mengambil langkah seterusnya sebagai waris mangsa. Walaupun sudah lebih 10 bulan kehilangan MH370, kerajaan tetap komited meneruskan usaha mencari pesawat yang dikesan hilang di Lautan Hindi.

Malangnya ada pihak tidak bertanggungjawab tergamak mengambil kesempatan atas kesedihan keluarga waris mangsa. Pihak ini, dengan sengaja mencipta fitnah kehilangan pesawat satu konspirasi dan menuduh kerajaan menghentikan usaha mencari setelah pengisytiharan dibuat.


Ternyata fitnah ini meracuni sebahagian keluarga waris China, sehingga ada yang sanggup turun ke Malaysia untuk bertemu Presiden MCA DS Liow Tiong Lai. Kehadiran keluarga waris ke jamuan rumah terbuka sudah diketahui awal-awal dan beberapa petugas MCA dengan pantas pergi menyambut mereka.

Keluarga waris telah dijemput dengan hormatnya ke pejabat presiden untuk sesi pertemuan dan jamuan. Akan tetapi mereka pula enggan menerima pelawaan tersebut. Apabila ditanya lagi beberapa kali, ahli keluarga waris tidak memberi sebarang respon. 

Petugas MCA terus bersama mereka dan tidak menghalang keluarga waris berhimpun di depan perkarangan MCA. Polis yang berada disitu hanya sebagai pemerhati dan tidak mengambil sebarang tidakan terhadap waris.


Kelihatan petugas MCA yang berada disitu bersungguh-sungguh cuba berbincang bagi mententeramkan keluarga waris. Air minuman turut disediakan memandangkan ada diantara keluarga waris terdiri daripada warga tua yang berdiri lama. Tidak lama selepas itu, keluarga waris masuk ke Dewan San Choon tanpa dihalang dan dihidangkan makanan di bahagian VIP. 


Jadi tuduhan mengatakan keluarga waris disekat memasuki MCA adalah tidak benar sama sekali. Fitnah begini dicipta bagi menggambarkan seolah-olah kerajaan tidak prihatin dengan kesedihan waris MH370. Malah dengan niat menimbulkan persepsi negatif bagai kerajaanlah punca kehilangan pesawat ini! Masih teringat masa berita MH370 ini dikeluarkan, ada macai-macai pembangkang mengaitkan kehilangan pesawat ada hubungkait dengan kes liwat Anwar Ibrahim yang sedang berjalan ketika itu.

No comments:

Post a Comment