Wednesday, February 11, 2015
Polisi Kerajaan DAP Minta Duit 'Sumbangan'! Punca Gagal Bina Rumah Kos Rendah!
Tiada langsung kesungguhan ditunjukkan kerajaan DAP Pulau Pinang bagi menyediakan rumah mampu milik atau kos rendah untuk rakyat berpendatan rendah. Rata-rata projek yang dikatakan rumah mampu milik ala DAP ini mencecah lebih RM400 ribu seunit iaitu diluar kemampuan majoriti rakyat pendapatan rendah dan sederhana di negara ini!
Sememangnya DAP tidak serius membantu warga Pulau Pinang yang berpendapatan rendah dan sederhana dalam memiliki rumah di sana. Dengan nilai RM400ribu seunit, seseorang perlu mempunyai pendapatan sekitar RM8,000 sebulan untuk benar-benar mampu membeli rumah terbabit!
Golongan generasi muda yang melangkah ke alam pekerjaan belum tentu dapat gaji bulanan setinggi itu. Belum lagi kita kira komitmen kos sara hidup dan bagi mereka mendirikan rumah tangga sudah tentu terbeban. Bagi golongan ini, rumah yang banyak terbina hanya jadi impian yang tidak pasti bila akan mampu dimilikinya.
Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun turut menyelar dasar dan polisi yang diamalkan DAP. Polisi bermotifkan keuntungan semata-mata yang jelas menafikan hak warga berpendapatan rendah untuk menetap di negeri terbabit. Antara polisinya adalah, pemaju TIDAK PERLU membina rumah mampu milik SELEPAS MEMBERI 'SUMBANGAN' dalam bentuk wang tunai kepada kerajaan negeri.
Polisi tidak masuk akal ini dijadikan lesen besar DAP untuk mendapatkan duit mudah yang hanya memberi kelebihan kepada pemaju untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda dari duit rakyat. Kesudahanya generasi baru yang majoritinya berpendapatan rendah terus menjadi mangsa tersepit dalam kerakusan DAP ini.
"Pembinaan rumah mampu milik di negeri ini merupakan keperluan mendesak dan langkah segera perlu dilaksanakan. Sejak mentadbir negeri ini, tiada sebuah rumah kos rendah dibina Kerajaan DAP Pulau Pinang manakala harga rumah mampu milik pula tidak munasabah" jelas Mei Fun
Di negeri-negeri lain kita lihat banyak rumah mampu milik dari serendah RM40,000 hingga RM270,000 seunit berjaya dibina. Apa pula alasan Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk tidak melakukan usaha serupa? Dalam keadaan rizab tanah yang terhad untuk perumahan di negeri ini, kerajaan negeri nampaknya gagal mempertimbangkan langkah terbaik demi masa depan generasi muda di Pulau Pinang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment