Wednesday, February 18, 2015

Himpunan Pegang Lilin! Biar Aqidah Tergadai Janji Matlamat Tercapai!


Setelah KETUM, Anwar didapati bersalah oleh mahkamah persekutuan kerana meliwat dan disumbat ke penjara Sg Buloh untuk menjalani hukuman 5 tahun. Sekali lagi himpunan pegang lilin dibuat untuk tontonan media antarabangsa bagi menagih simpati para pendokong LGBT dan kebebasan bersuara songsang dari serata dunia. 

Walaupun himpunan mirip ritual Vigil Candlelight ini sudah difatwakan haram oleh Fatwa Kebangsaan, mereka tetap berdegil dan mengheret anak muda turut serta dalam himpunan ini. Ritual berunsur tasyabbuh amalan puak pembangkang ini, terang-terang mengancam dan menjejaskan aqidah umat Islam.
Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
"Barangsiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia adalah tertolak”. (Riwayat Muslim)

Vigil candlelight merupakan amalan bagi memperingati mangsa tragedi, kematian atau upacara keagamaan oleh bukan Islam. Ritual lilin bawakan pembangkang ini digabungkan dengan acuan dakyah solidariti bagi mendesak supaya peliwat, Anwar Ibrahim dibebaskan!

Peringatan Rasullah s.a.w dalam sabdanya:
“Sesiapa yang mengada-adakan (mereka-reka) perkara yang baru dalam urusan kami dan perkara tersebut bukan tergolong di dalamnya maka ia adalah tertolak”. (Riwayat Muslim)

Sepatutnya sebagai umat Islam adalah lebih baik mereka melakukan solat hajat atau membacakan surah-surah Al-Quran secara berjemaah untuk menunjukkan solidariti. Mohonlah petunjuk dengan cara yang diredhai-Nya. 




Malangnya pembangkang nampaknya giat meracun pemikiran anak-anak muda Islam supaya tidak mempedulikan soal hukum. Tanpa kita sedar, anak-anak muda Islam kita kini sedikit demi sedikit hanyut dalam kesesatan bawakan pembangkang. 

Dato Dr Mashitah Ibrahim pada Perhimpunan Agong UMNO lepas telah mengingatkan kita tentang acaman musuh Islam yang datang dari pelbagai arah. Musuh hari ini bukan menyuruh kita meninggalkan Islam, tetapi secara licik mengajak kita meninggalkan nilai-nilai Islam. Inilah yang sedang berlaku dalam siri perhimpunan Vigil Candlelight anjuran pembangkang.

Sabda Rasullah mengenai umat akhir zaman: 
"Kamu akan mengikut sejengkal demi sejengkal, sedepa demi sedepa sehinggalah kalau orang itu membawa kamu masuk ke lubang biawak pun kamu akan ikut."

 "Maknanya kita tak diajar untuk menukar agama tetapi perlahan-lahan dipengaruhi untuk melupakan agama kita dengan mengikut kepada budaya dan cara hidup orang lain. Itulah yang sedang berlaku sekarang!" jelas Mashitah.

No comments:

Post a Comment