Wednesday, November 6, 2013

SPAD dan Kerajaan Perak Selesaikan Isu Terminal Amanjaya


Bulan sudah Terminal Amanjaya, Ipoh, Perak kecoh dengan protes yang diketuai oleh orang luar. Satu lagi usaha jijik juak pembangkang untuk merosakkan pemikiran pengusaha bas supaya menentang perpindahan ke terminal baru.

Untuk makluman pihak kerajaan Perak sentiasa peka dan sedia maklum akan isu yang dibangkitkan oleh pengusaha bas di terminal terbabit. Jadi tiada perlunya untuk pihak tidak bertanggungjawab melibatkan orang upahan untuk mencari penyelesaian.

Kerajaan Negeri secara proaktif telah menjalinkan kerjasama dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk mencari penyelesaian terbaik kepada masalah yang wujud.

Perisik lihat beberapa isu dikesan menjadi punca kepada permasalahan ini. Antara yang utama adalah: 
1) Masih banyak syarikat pengusaha bas dari terminal lama belum berpindah ke terminal baru. Ini menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati dikalangan pengusaha yang telah berpindah. 
Kerana masih ramai pengguna di Ipoh sudah biasa dengan urusan di terminal lama. Jadi jualan tiket lebih menggalakkan atau menguntungkan berbanding terminal Amanjaya. 
2) Jarak ke terminal Amanjaya agak jauh dari bandar Ipoh. Akibatnya pengguna terpaksa mengeluarkan kos tambahan untuk ke sana.  
Ada yang mengeluh terpaksa mananggung kos teksi ke terminal baru yang dikatakan lebih mahal dari tambang Ipoh ke Kuala Lumpur.
Dua masalah utama ini dapat diselesaikan bukan sahaja dengan usaha pihak kerajaan dan SPAD semata-mata. Tapi usaha bersama pengusaha bas dan pengguna sekitar Ipoh itu sendiri.

Langkah perlu adalah pihak Kerajaan Negeri dan SPAD untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap pengusaha bas yang enggan beroperasi ke Terminal Amanjaya kerana arahan perpindahan sudah dikeluarkan awal iaitu pada 29 Julai lalu.

Bila perpindahan selesai dilakukan sepenuhnya! Barulah tumpuan pengguna akan beralih ke terminal baru kerana itulah satu-satunya lokasi yang akan menjadi penyedia perkhidmatan bas ke seluruh negara di bandar Ipoh.

Bukanlah menafikan hak pengguna untuk mendapatkan pilihan tempat perkhidmatan awam. Tapi pengguna perlu faham jumlah populasi yang sedang meningkat dengan drastik di sekitar Ipoh. 

Kedudukan terminal lama di tengah kesibukan kota serta infrastruktur terhad yang tidak memungkinkan usaha membawa masuk bas tambahan ke sana. 

Jika kekal beroperasi lambat laun perkhidmatan bas di terminal tersebut pasti menemui keGAGALan dalam menyediakan perkhidmatan berterusan kepada penumpang yang semakin bertambah saban tahun. 

Kalau didesak juga penambahan bas ke lokasi lama, terminal terbabit akan mengalami kesesakan teruk dan sudah tentu menyukarkan pengguna malahan pengusaha syarikat bas sendiri.

Jadi pembinaan Terminal Amanjaya dilihat bertepatan bagi mengatasi masalah yang bakal melanda terminal lama. 

Cuma sekarang kedudukan yang dikeluh jauh kalangan pengguna. Jangan gusar, kerana kerajaan negeri yang diketuai oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry sedang menimbangkan idea untuk menyediakan pengangkutan PERCUMA di antara bandaraya ke Terminal Amanjaya. 
   
Kerajaan negeri juga akan menyelesaikan masalah peniaga di terminal baharu itu yang mengadu berdepan kesulitan berikutan kurangnya pelanggan.

Pada pandangan perisik, jika dua masalah utama tadi dapat diatasi. Ia akan turut memberi kesan berangkai kepada penyelesaian masalah peniaga. 

Seperti perisik nyatakan, tumpuan pengguna dan pengusaha pasti terarah ke Terminal Amanjaya.  Jumlah pengunjung akan meningkat sekaligus merancakkan perniagaan di sana.

7 comments:

  1. Rasanya kes ni lebih kurang sama dengan terminal bersepadu yang lain. Awal2 semua tak setuju dan semua benda serba tak kena.

    Lambat laun semua beransur pulih dan masalah selesai dengan sendiri. Cuma masa diperlukan untuk buktikannya.

    ReplyDelete
  2. Harap MB laksanakan perkhidmatan percuma dari bandar ker terminal amanjaya dengan segera. Nak pertimbang apa lagi!! Terus laksana!!

    ReplyDelete
  3. Kami pengusaha dan para peniaga bukan menentang! Tapi minta pihak berkenaan bantu kami untuk stabilkan perniagaan kami. Apa yang saudara tulis tentang masalah utama tu memang betul.

    Contoh tempat lama boleh dpt RM 7-10k sebulan. Tempat baru x sampai RM1-3k sebulan. Memng jauh beza dn merundum teruk. Nak bayar gaji pekerja, sewa, lain-lain kos operasi. Mmg x cukup. Silap haribulan kena buang pekerja!

    Bantulah kami dari segi promosi! Kami sokong usaha kerajaan tapi kerajaan janganlah pula susakan kami.

    ReplyDelete
  4. Rasanya keuntungan pengusaha bas lebih dari 10k.

    ReplyDelete
  5. Anon 5:45,, Apa yg anon10:34 cakap adalah contoh rasanya kot. Ada ke peniaga berani dedahkan angka pendapatan sebenar. Wuallahhualam.

    ReplyDelete
  6. Saya ingin memberi pendapat dan cadangan agar terminal amanjaya digunakan utk bas express utk ke utara sahaja sementara terminal lama digunakan utk ke selatan...sementara itu..pihak pengusaha bas akan adakan satu jenis perkhidmatan iaitu perkhidmatan shuttle bas dri Terminal bas lama ke terminal amanjaya. Maka dengan adanya penyelesaian secara begini adalah diraskan adil..sebab kedua2 tmpat akan menjanakan pertumbuhan eknomi yg mampan utk pendudk dan pengusaha bas express dan juga perkhidmatan shutle..Jadi minta pihak kerajaan fikir2 kan lah cadangan ini.

    ReplyDelete
  7. Bagus cadangan anon 10:44. Harap pihak berkenaan perhalusi cadangan seperti ini

    ReplyDelete