Sunday, November 10, 2013

Pembunuh pegawai bank berjaya diberkas!

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Suspek kes rompak dan bunuh pegawai Ambank di USJ pada 23 Oktober lalu telah berjaya diberkas pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid umumkan penahanan suspek yang bersembunyi di kawasan Johor Bahru. Tahniah diatas kecekapan Polis! 

Kes ini telah membawa kepada siasatan lebih terperinci terhadap seluruh syarikat perkhidmatan pengawal keselamatan dan kakitangan di negara ini.

Didapati beberapa syarikat telah melakukan kesalahan dengan menggunakan pendatang asing tanpa izin dan tidak melakukan saringan sempurna terhadap kakitangan mereka. Kerana ada dikalangan pekerja dikesan menggunakan kad pengenalan palsu.

Tindakan tegas turut diambil keatas syarikat dimana suspek bekerja. Lesen syarikat telah dibatalkan dan mengakibatkan lebih 300 terpaksa diberhentikan kerja. Pemberhentian yang dilakukan oleh syarikat terbabit tidak mengikut undang-undang buruh.

Jabatan buruh harus tampil membantu kebajikan bekas pekerja syarikat tersebut kerana rata-rata berpendapatan bawah RM3,000.

2 comments:

  1. Alhamdulillah, terima kasih.. tahniah kpd pihak berkuasa.. :D

    ReplyDelete
  2. Tahniah PDRM. Diharap penjenayah ni terima hukuman setimpal.
    Peguam pembangkang dah mula tunjuk hero bela penjenayah ni. Alasan yang ingin digunakan adalah tekanan dan masalah mental. Tujuan untuk ringankan hukuman.

    ReplyDelete