Simposium yang akan berlangsung pada 2 Disember 2013 (Isnin) di Hotel Istana, Kuala Lumpur ini akan diisi dengan pembentangan kertas kerja oleh pakar dan penceramah sistem pengangkutan awam dari negara-negara ASEAN dan Timur Tengah.
Penganjuran simposium ini akan dijadikan sebagai satu platform strategik bagi membincangkan dan berkongsi idea yang memfokuskan mobiliti, kesalinghubungan dan pembangunan bandar yang mampan dengan memastikan infrastruktur pengangkutan awam darat yang lestari, dan bersepadu.
Simposium ini akan dirasmikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Syed Hamid Albar, Pengerusi SPAD. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Kamal.
Antara barisan penceramahnya adalah seperti berikut:
- Professor Peter Newman Director of CUSP at Curtin University, Australia and Professor of Sustainability ‘Increasing Walking & Transit City Fabric: The New Urban Agenda’
- Mr. Antony Sprigg Chief Executive Officer, The Infrastructure Sustainability Council of Australia (ISCA) ‘Benchmarking & Producing Benefits for Infrastructure Sustainaibility’
- Professor Lyndsay Neilson Managing Director, Neilson Associates ‘Public Transport & Planning for Sustainability in Riyadh’
- Mr. Masaki Ogata Vice-Chairman, East Japan Railway Company, Japan ‘Moving Forward with Transport Innovation’
- Dr. Dahlia Rosly Deputy Director General (Development), Federal Department of Town and Country Planning, Peninsular Malaysia ‘Incorporating Transport Policies and Measures in People-Centric Development Plans’
- Datuk Ismail Ibrahim Chief Executive Officer, Iskandar Regional Development Authority (IRDA), Malaysia ‘Accessible & Connected Economic Region: The Iskandar Malaysia Experience’
- Professor Dr. Ahmad Farhan Dean and Professor in Transport Studies at the School of Civil Engineering, Universiti Sains Malaysia (USM) - ‘Sustaining Roads and Mobility in Malaysia and Middle Income Countries: Transforming Imperatives’
- Prof. Dr. Saadiah Yahya Director of the Malaysia Institute of Transport (MITRANS) - ‘Positioning IT as an Enabler for Transforming Urban Transport’
Selain daripada itu, SPAD turut mengadakan malam anugerah industri pengangkutan awam darat sebagai pengiktirafan kepada pengendali-pengendali atas usaha penambahbaikan dalam mentransformasikan pengangkutan awam darat negara.
Majlis penganugerahan tersebut akan berlangsung hari ini 1 Disember pada pukul 6.15 petang bertempat di Hotel Istana.
No comments:
Post a Comment