Thursday, November 28, 2013

Dunia Mengiktiraf Kepakaran SPRM Perangi Rasuah!


Dunia luar mengiktiraf kemampuan Malaysia melalui SPRM dalam memerangi gejala rasuah dalam negara. Ini terbukti apabila Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed,53, yang komited berkhidmat memerangi korupsi sejak 1984 dilantik sebagai Naib Presiden Persatuan Pihak Berkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA).

Beliau telah dilantik dalam persidangan tahunan ketujuh persatuan itu di Panama City, Panama yang berlangsung dari 22 hingga 24 November baru-baru ini. Difahamkan Abu Kassim sebenarnya telah ditawarkan jawatan tersebut lebih awal tetapi menolaknya kerana perlu memenuhi tugasan sedia ada.

Kejayaan ini turut mendapat penghargaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib:
"Tahniah Tan Sri Abu Kassim atas pelantikan sebagai Naib Presiden IAACA. Satu peniktirafan besar oleh masyarakat global terhadap usaha anti-rasuah Malaysia," kata Najib dalam Twitternya Isnin.



Untuk makluman pembaca, IAACA ini dianggotai oleh 300 organisasi mewakili 170 buah negara, ditambah pula dengan penyertaan lebih 2,000 ahli individu dengan latar belakang pendakwaraya, penyiasat dan mereka yang pakar dalam kajian anti-korupsi serta perlaksanaannya.

Pertubuhan ini merupakan platfom penting perkongsian maklumat, kepakaran dan pengalaman di kalangan ahli anggota bagi mencari langkah pencegahan serta penguatkuasaan undang-undang terbaik.

Pelantikan ini merupakan pengiktirafan kedua di peringkat antarabangsa. Di mana terlebih dahulu pada 2012 beliau telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Pentadbir Akademi Pencegahan Rasuah (IACA) yang berpusat di Vienna. Akademi ini merupakan sebuah pusat pengajian tinggi anti-rasuah di bawah naungan United Nation.

Dari semua ini, kita sudah dapat melihat bertapa tinggi penghormatan diberikan kepada Malaysia. Ini menunjukkan bahawa segala usaha-usaha pencegahan dan kepakaran rakyat kita dalam membenteras korupsi mendapat pengiktirafan serta menjadi rujukan badan antarabangsa.



Malahan laporan Transperancy International mengatakan bahawa hanya lima peratus sahaja rakyat Malaysia terlibat dalam rasuah. Gejala rasuah yang direkodkan pula semakin menurun dan usaha penguatkuasaan tanpa memilih bulu pihak SPRM menjadi bukti suruhanjaya ini komited untuk mencapai rasuah sifar.

Fakta ini sekaligus melenyapkan tohmahan pembangkang yang selama ini merekayasa rasuah di negara ini parah dan menuduh SPRM tidak menyiasat golongan elit seperti ahli politik. Diharap rakyat jangan terlalu mudah dikaburkan dengan penipuan pembangkang sehingga buta dan tuli untuk melihat mahupun mendengar pendedahan nan siddiq.

1 comment:

  1. bagusla kena iktiraf !!

    Kami menjemput semua blogger Ping di PingBlog.Net,Skrip agregator terkini dengan ping sangat mudah kerana auto description dan juga auto image.Artikel anda akan dipost pada twitter dan 294 fanpage serta group facebook.Kualiti Backlink,dan highkan rank blog anda !! Kami juga akan memberi nasihat secara percuma sekiranya ada kesilapan SEO pada blog anda

    ReplyDelete