Memandangkan sambutan amat menggalakkan, pihak kerajaan telah memutuskan untuk melanjutkan pemberian diskaun 30% ini mulai 1 Mac 2016 sehingga 31 Disember 2016. Pengumumkan ini merupakan berita gembira buat pengguna bas di laluan dinyatakan tadi. Ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan pengguna sehari-hari.
Perisik menjangkakan lanjutan diskaun ini bakal menarik lebih ramai rakyat untuk menjadikan perkhimatan awam sebagai mobiliti utama antara bandar. Peningkatan kadar penumpang juga semakin ketara memandangkan rakyat mula merancang perjalanan bukan sahaja dari segi kos malah mengambil kira faktor masa perjalanan dan menunggu.
Bagi yang sudah biasa menaiki perkhidmatan awam ini, rasanya sudah masak dengan selok belok bagi mendapatkan diskaun. Untuk pengetahuan bagi para pembaca, diskaun lebih banyak dapat dimanfaatkan jika memilih pas bulanan bagi menggunakan perkhidmatan bas dan rel. Jadual di bawah adalah gambaran kasarnya.
Informasi selanjutnya mengenai diskaun boleh di dapati melalui aplikasi yang boleh dimuat turun dari laman www.spad.gov.my. Namun begitu terdapat garis panduan yang perlu dipatuhi bagi memastikan golongan sasaran mendapat diskaun ini. Kita tidak mahu orang asing/luar turut sama menerima kemudahan yang disediakan oleh kerajaan buat warga Malaysia
No comments:
Post a Comment