Calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun ingin mengucapkan selamat mengundi kepada semua warga N25 Kajang. Hari ini 23 Mac 2014 lebih kurang 38,900 orang pengundi akan keluar menjalankan tanggungjawab memiih wakil mereka di DUN Kajang ini.
Umum tahu bahawa berlakunya PRK ini adalah di luar kebiasaan yang jarang sekali berlaku. Ia bermula apabila calon PKR, Lee Chin Cheh yang telah meletakkan jawatan tanpa sebab yang kukuh membuatkan rakyat tertanya-tanya. Tiada alasan munasabah yang mampu dijelaskan oleh beliau. kKepimpinan tertinggi pembangkang pula yang terhegeh-hegeh untuk memberikan penjelasan. Memandangkan Chin Cheh terkantoi bila berkata-kata.
Penjelasan yang diberikan sebagai jalan ke Putrajaya? Apa punya alasan ni? Jika pembangkang terutamanya Anwar taksubkan hendak takluk Putrajaya dan menjadi Kerajaan Persekutuan. Apa kejadahnya perlu dibuat PRK?
Secara logiknya untuk menjadi kerajaan, parti bertanding perlu lebih kerusi di Parlimen Dewan Rakyat bukannya Dewan Undangan Negeri. Jadi kalau kerusi DUN dijadikan alasan untuk ke Putrajaya. Bermakna perjalanan pembangkang masih terlalu jauh.
Memandangkan jumlah kerajaan negeri yang dipimpin oleh BN lebih banyak berbanding mereka. Di sini sahaja mereka sudah tewas undi popular. Itu bukan BN cakap, itu formula bangang undi popular yang diperkenalkan Anwar.
Maka DUN Kajang ini bukanlah laluan sebenar untuk pembangkang menjadi Kerajaan Persekutaan. Mahupun mengekalkan kuasa kerajaan negeri. Inilah sebuah PRK yang dibazirkan demi kepentingan peribadi insan bernama Anwar. Ia sebenarnya adalah laluan sebagai MB Selangor sekaligus menendang Khalid Ibrahim tersungkur.
Bila Anwar disabit kesalahan MELIWAT. Anwar dilihat sasaran mudah untuk diserang jika kekal menjadi calon. Oleh yang demikian, parti anak beranak ini bertindak memilih isternya, Wan Azizah sebagai calon.
Pemerhati politik melihat trend pembangkang ini sebagai sebuah strategi recycle yang diambil dari Permatang Pauh. Dimana Wan Azizah yang pernah menjadi ahli parlimen di sana dengan tidak semena-mena mengosongkan kerusi bagi memberi laluan kepada Anwar. Kini dejavu terjadi dan yang menjadi mangsa pembaziran ini adalah rakyat N25 Kajang.
Jadi warga N25 yang keluar mengundi hari ini harus bersatu memastikan wayang anak beranak ini diTAMATkan di bumi Kajang ini. Jika tidak, banyak pembaziran akan berlaku hanya semata-mata memuaskan nafsu individu yang meroyan nakkan kerusi empuk Putrajaya.
Tamatkan sandiwara pembangkang ini dengan mengundi calon yang berwibawa Datin Paduka Chew Mei Fun. Calon Barisan Nasional.
Jadi warga N25 yang keluar mengundi hari ini harus bersatu memastikan wayang anak beranak ini diTAMATkan di bumi Kajang ini. Jika tidak, banyak pembaziran akan berlaku hanya semata-mata memuaskan nafsu individu yang meroyan nakkan kerusi empuk Putrajaya.
Tamatkan sandiwara pembangkang ini dengan mengundi calon yang berwibawa Datin Paduka Chew Mei Fun. Calon Barisan Nasional.
No comments:
Post a Comment