Dari hebahan FB dan whatsapp yang diterima, ramai akan memahami bahawa pemberhentian produk terbabit adalah atas arahan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang mengesan daging lembu 60% bercampur dengan daging babi 40%. Kononnya kakitangan McDonald's Sendiri cakap!
Bila nama JAKIM sahaja disebut. Terus kita tahu ia adalah FITNAH terhadap McDonald's MY! Seperti kita tahu pihak JAKIM tidak akan sesekali berkompromi jika mengesan sebarang keraguan status halal haram pada kandungan mana-mana produk!
McDonald's MY tidak terkecuali dari ketegasan JAKIM ini! Jika benar ada sebarang keraguan, JAKIM sendiri akan mengeluar kenyataan segera seperti keraguan pada produk-produk syarikat lain sebelum ini. Jika berdiam sudah dikira bersubahat!! Bukan kenyataan dari orang lain seperti hebahan FB dan Whatsapp.
Hebahan turut menyebut bahawa daging burger QPC terbabit diimport dari Amerika Syarikat! Fitnah berganda dah ni!
Sebab daging burger McDonald's MY adalah 100% daging lembu datang dari Australia, New Zealand dan Brazil. Dan ketiga-tiga pembekal dari negara-negara ini telah diiktiraf oleh JAKIM status halalnya.
Yang memfitnah ni tau tak macam mana JAKIM buat penilaian untuk menentukan produk tu halal! Bukan tangkap muat sekadar isi borang terus dapat sijil!
JAKIM akan turun melihat sendiri lokasi sembelihan, penyediaan dan lain-lain. Diaudit sehingga terperinci. Satu sahaja silap pada bahan dikesan, permohonan sijil Halal ditolak! Malah yang dah ada sijil boleh digantung atau ditarik balik.
Pihak McDonald's MY juga telah mengeluarkan kenyataan dan dengan tegas menafikan tuduhan tidak berasas dari hebahan whatsapp dan FB ini.
McDonald's MY turut menjelaskan bahawa pemberhentian produk QPC secara berperingkat-peringkat adalah satu langkah penyelarasan menu McDonald's seluruh negara.
Salah satu strategi bagi mengekalkan daya saing bagi meneruskan momentum McDonald's MY supaya terus diminati dan kena dengan selera tempatan.
McDonald's MY ingin mengingatkan orang ramai bahawa semua produknya dijamin 100% HALAL oleh JAKIM atau badan-badan persijilan halal yang diiktiraf JAKIM.
85% kakitangan McDonald's MY yang beragama Islam pun sudah tentu terkejut dengan ciptaan berita tahyul ni. Sebab jika benar bercampur dengan daging babi. Sudah tentu mereka ini akan terlebih dahulu yang akan viralkan dalam FB.
Henti-hentikanlah hebah dan pertikai HALAL McDonald's ni. Kalau ada sebarang keraguan bolehlah rujuk dan hubungi JAKIM sendiri. Lebih lanjut boleh juga lawati website McDonald's
http://www.mcdonalds.com.my/food/halal
#McDonaldsHALAL
#BestKeFitnah
No comments:
Post a Comment