Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata..?
Akibat dari kelancangannya, Azalina telah bertindak menyaman beliau. Peringkat awal, surat tuntutan akan diserahkan kepada si kaki fitnah ni terlebih dahulu. Lebih lanjut mengenainya ada dalam posting DI SINI & SINI & SINI.
Untuk makluman pembaca, penyerahan surat tuntutan sedang diuruskan oleh peguam Azalina.
Lawaknya...dalam usaha peguam Azalina menghantar sendiri surat tersebut, Mazlan Aliman pulak tak mahu menerimanya!! Seribu macam alasan diberikan bagi mengelak usaha peguam tersebut.
Dalam termubual hari tu, lagak berani..cakap. "hanya menanti surat tuntutan tiba" ke tangannya. Sekarang tiba-tiba beliau menggalabah cuba melarikan diri dari menerima surat dari peguam Azalina? Takkan lu pun nak jadi macam Din Pudu dan Jui Meng. Kisah Din Pudu dan Jui Meng ada DI SINI & SINI.
Orang-orang ANAK pun perasan sejak dua menjak ni, Mazlan Aliman tak tentu hala bila isu kena saman ni timbul. Ramai dapat mengagak bahawa dokumen mengaitkan Azalina sebenarnya tidak wujud. Kalau tidak, tak kan sampai terhilang telor Mazlan untuk terima surat tuntutan tu.
Apa sudah jadi?? Kemana hilang telornya ??
Operasi besar-besaran sedang digerakkan oleh ANAK bagi menjejak kemana hilang telornya....
Perisik: orang dalam pakatan sendiri cakap dokumen tu tak wujud? abis tu dokumen apa yang Mazlan Aliman nak tunjukkan?
tak payah pening-pening lah mazlan, bukti tak menyebelahi kau. baik buat kenyataan maaf secara terbuka sebelum bertambah parah!
ReplyDelete