Monday, October 1, 2012

Fitnah Puak Pakatan Dalam Himpunan Hijau!


Ketaksuban puak pembangkang untuk menawan Putrajaya semakin menampakkan kebodohan dengan gerakan himpunan kahak hijau semalam. 

Mungkin seronok sangat berceramah menabur fitnah sehingga pakatan sendiri tidak sedar banyak terkantoi dari kata-kata yang terlepas dari mulut mereka. Terlalu banyak pertikaian, percanggahan dan persoalan timbul dari keseluruhan demo yang cuba dilakukan pakatan. 



Orang Luar

Mari kita senaraikan satu persatu keBODOHan fitnah dan LAWAK yang mereka lakukan semalam:

-1-
TEMBERANG PAKATAN:  Kerajaan BN menghapuskan mata pencarian dan merampas tanah penduduk untuk membangunkan Projek RAPID!


Fakta Sebenar: Begitu taksub menabur fitnah sehingga terlupa yang Malaysia ni negara yang mempunyai undang-undang! Segala proses pengambilan tanah adalah berlandaskan undang-undang dan persetujuan pemilik tanah. 

Tiada sebarang rampasan berlaku terhadap tanah-tanah kampung yang terlibat dalam projek RAPID. Satu cubaan untuk menimbulkan persepsi buruk terhadap kerajaan. Walhal perkara tersebut tidak pernah berlaku.

Setiap tanah yang terlibat akan diberikan pampasan yang setimpal ditambah pula dengan pampasan nilai kerugian dari setiap tanaman yang terdapat di atas tanah tersebut termasuk struktur binaan lain. Selain itu setiap peserta terlibat dalam RAPID diberi tanah baru, rumah bersubsidi, bot laut dalam, latihan dan lain-lain bagi memastikan pekerjaan terjamin di kalangan penduduk terutamanya generasi muda. BACA SINI.


Orang Luar Pengerang

-2-
TEMBERANG PAKATAN: Himpunan hijau ingin mengekalkan alam sekitar di Pengerang. Jadi RAPID tidak boleh dibuat di sini.

Fakta Sebenar: NGO-NGO himpunan hijau ini tidak ikhlas dalam perjuangan alam sekitar penduduk tempatan Pengerang. Sebelum ini sudah berlaku siri tumpahan minyak sehingga menjejaskan sumber pendapatan nelayan Pengerang. Insiden ini jelas mencemarkan alam sekitar. 

Tapi dimana mereka dalam membela nasib nelayan? Kesudahannya Kerajaan BN juga yang tampil bagi menyelesaikan perkara ini. Ternyata mereka ini hipokrit dan bekepentingan politik.



-3-
TEMBERANG PAKATAN:  Mendakwa sudah menjemput Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina untuk hadir dalam himpunan tersebut. 

Fakta Sebenar: Dari risikan rakan media, mendapati tiada sebarang surat jemputan diterima oleh mana-mana wakil dari pejabat Ahli Parlimen Pengerang

Rupanya mereka mencuba untuk menimbulkan persepsi buruk terhadap Datuk Seri Azalina yang kononnya takut atau melarikan diri dari menghadiri himpunan tersebut. Apalah bangang Pakatan ni. Lagi pun buat apalah Azalina nak hadir ke himpunan yang dipenuhi oleh anasir-anasir luar (majoriti orang luar) yang bekepentingan politik. 


-4-
TEMBERANG PAKATAN: Pada awalnya jentera kepimpinan pakatan ini secara keseluruhan menentang projek RAPID. 

Fakta Sebenar: Mereka terkantoi disini apabila berlaku percanggahan dari ucapan barisan kepimpinan mereka sendiri. Brader Din Pudu dari PAS menyebut yang pakatan tidak menolak RAPID. Dalam himpunan yang sama, Chua Jui Meng pula berucap mengatakan menolak RAPID. BACA SINI. Mana satu, nak tolak ke tidak! Jelas dalam pakatan sendiri tidak sepakat memacu hala tuju himpunan ini. Lawak..lawak


Lagi Orang Luar Pengerang
-5-
TEMBERANG PAKATAN: Mendakwa himpunan ini tiada kena mengena dengan hanya sesebuah bangsa atau warna kulit. Ini adalah untuk perjuangkan nasib Penduduk Pengerang.

Fakta Sebenar: Dari pemerhatian rakan media, majoriti yang hadir adalah NGO serta wakil-wakil kepimpinan Cina! Lebih 80 peratus Cina memenuhi ruang dataran dan paling lakhanat majoritinya adalah orang luar

Hakikatnya 90% penduduk Pengerang adalah Melayu. Siapa yang mereka perjuangkan semalam? Apakah ada niat jahat tersembunyi untuk menyekat kemajuan orang Melayu di Pengerang.


Orang Luar
 -6-
TEMBERANG PAKATAN: Mendakwa negara jiran Singapura juga turut menyokong mereka atas dasar menyelamatkan alam sekitar. Beberapa kali nama Singapura turut disebut dalam ucapan mereka.

Fakta Sebenar: Projek kompleks penapisan petroleum dan gas RAPID di Pengerang ini dijangka akan menarik sejumlah besar kapal-kapal dagang berlabuh ke Malaysia. Selama ini kapal-kapal akan berlabuh di Singapura kerana memiliki kompleks petroleum di Jurong. 

Apabila RAPID disiapkan ia bakal memberi saingan kepada Jurong. Adakah ini akan menjejaskan sumber pendapatan Singapura yang selama ini bergantung kepada perdagangan dan khidmat perlabuhan? Anda sudah boleh mengagak bukan! Hairan, kompleks di Jurong tu tak menjejaskan habitat hidupan laut ke? Mengapa NGO hijau ni senyap jer pasal ni? Sekali lagi mereka ini hipokrit!

-7-
TEMBERANG PAKATAN:   Mendakwa ramai penduduk Pengerang hadir menyokong himpunan sebagai bantahan terhadap beberapa isu berbangkit dalam RAPID. 

Fakta sebenar: 90% penduduk tempatan Pengerang menyokong kemasukan projek RAPID. BACA SINI. Jadi siapa yang datang berhimpun semalam?? OCPD juga mengesahkan, bahawa majoriti yang datang adalah orang luar. 

Dari himpunan itu sendiri, menyebut nama berpuluh-puluh wakil orang luar dari Selangor,Sabah, Melaka, Pahang dll.. Di tambah pula dengan maklum balas penduduk Pengerang sendiri yang hanya mengenali sebahagian kecil peserta demo sahaja sebagai orang tempatan. Begitulah pakatan, tidak mendapat sokongan penduduk tempatan. Di bawanya masuk orang luar untuk membuat kecoh. Taktik Meroyan nak ke Putrajaya.



Makan Ais Krim Lagi Bagus dari dengar Lu orang cakap.
  -8-
TEMBERANG PAKATAN:  Chua Jui Meng tolak cabaran debat dengan Datuk Seri Azalina. Tapi nak debat dengan PM.

Fakta Sebenar: Di sidang Parlimen penggal lalu, Chua Jui Meng dakwa pencemaran daripada projek RAPID akan mengakibatkan kanser. Berikutan dakwaan itu, Azalina mencabarnya berdebat.

Tapi lain pula ceritanya semasa perhimpunan. Mengapa Chua Ju Meng kecut perut tukar cabaran berdebat kepada PM. Sedangkan Azalina sudah mencabar beliau terlebih dahulu. Takkan nak jadi macam brader Din. BACA SINI 


Kanak-kanak diheret ke himpunan

-9-
TEMBERANG PAKATAN:  Mengaitkan projek RAPID dengan isu Lynas di Gebeng, Lombong Emas Raub dan isu di Taiwan. Di Taiwan, rakyat sana menolak kerana projek kompleks petroleum bakal menjejaskan habitat beratus-ratus ikan lumba-lumba. Tapi lain pula puak himpunan hijau ni, mereka mendakwa seekor dugong telah mati di pantai Pengerang berpunca dari RAPID. 

Fakta Sebenar: RAPID tiada kena mengena dengan isu di Taiwan mahupun mana-mana projek yang dipolitikan pembangkang sebelum ini. Ia adalah situasi yang jauh berbeza dari segi bentuk muka bumi, habitat perairan, populasi, sosio ekonomi  dan tidak boleh dijadikan rujukan konkrit menafikan kemasukan RAPID. 

Untuk makluman pembaca projek kompleks penapisan petroleum ini bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Kerana projek serupa sudah dilaksanakan lama dulu seperti di Tangga Batu, Melaka dan Kerteh, Terengganu. Jadi mengapa projek RAPID jadi masalah pula.  

Menurut penduduk tempatan, perairan di sini sentiasa di lalui beratus-ratus kapal dagang antarabangsa dan adalah mustahil menjadi habitat dugong. Malah nelayan tempatan turut merasa hairan bagaimana munculnya bangkai dugong di situ..pss..ada yang mengatakan yang dugong tersebut dibunuh ditempat lain dan dicampak ke Pengerang..ish..tergamak mereka membunuh dugong demi kepentingan politik.


Lu Orang mana ?

-10-
Fitnah Pakatan: Mendakwa berjaya Menghimpunkan 7,000 hingga 8,000 peserta di Dataran Sg Rengit semalam! ...pss..itu yang mereka cakap dalam portal dan blog pro mereka. ish..malas sebut yang mana. 

Fakta SebenarTidak sampai 3,000 peserta sahaja! Perkara ini disahkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah (OCPD) Kota Tinggi, Che Wan Mahazan. 

Dari keterangan OCPD tersebut lokasi Dataran Sg Rengit hanya mampu memuatkan kapasiti 1,500 orang sahaja dan lain-lain para demo hanya duduk berteduh dari panas terik di sekitar kawasan bangunan berhampiran dengan dataran. Jauh tersasar dari angka yang mereka HARAPkan iaitu 20,000 orang. Lawak giler...Hahahaha!!


Menyemak jer!
-11-
TEMBERANG PAKATAN: Mazlan Aliman mendakwa mempunyai bukti dan dokumen kononnya Azalina merayu kepada Perdana Menteri supaya projek ini dibuat di Pengerang.

Fakta Sebenar: Satu fitnah jahat Pakatan melalui Mazlan Aliman. Azalina sudah pun menafikan sekeras-kerasnya perkara tersebut dan akan mengambil tindakan terhadap beliau. Kita tunggu dan lihat dalam beberapa hari ni. BACA SINI


-12-
TEMBERANG PAKATAN: Memperkenalkan Anis Afida sebagai anak Pengerang!

Fakta sebenar: Anis Afida merupakan anak kelahiran Terengganu yang tidak ada kena mengena dengan Pengerang. Warga Pengerang pun tidak mengetahui siapa Anis Afida ini.
Saya datang bersama dugong tu tadi.

-13-
TEMBERANG PAKATAN: Mendakwa kereta peserta demo disimbah asid atau dirosakkan. 

Fakta sebenar: Lagi sekali taktik kotor dan taktik lama. Setelah melakukan risikan, tiada sebarang laporan polis diterima balai polis Pengerang. 


Kesimpulan mengenai himpunan ini sudah pun perisik buat dalam posting-posting sebelum ini. Iaitu GAGAL

Kerana himpunan yang dibarisi oleh wakil pimpinan NGO cina, Brader Din pudu, Mazlan Aliman dan Chua Jui Meng tidak mempunyai fakta yang kukuh serta gagal mendapat sokongan warga tempatan Pengerang. 

Sekali lagi ditegaskan 90% penduduk tempatan menyokong kemasukan Projek RAPID. Pakatan hanya menggunakan 10% sebagai alasan untuk menyekat kemajuan dikalangan penduduk Melayu di Pengerang.



2 comments:

  1. Wahai saudara...kalau tk tau apakah perjuangan Hijau jgnlah nk melalak mcam anjing lepasan. Kalau betul2 nk tau beranilah pindah sendiri rumah ko tu ke Kuantan...dekat sikit dgn kilang LYNAS. Bru kita tengok sendiri bulu tekak kamu naik bila sedar apa yg tengah dilakukan di sana. Masih tk faham ke atau sengaja tak nk faham? Atau sengaja tak nak di fahamkan????

    ReplyDelete
  2. Wahai Saudara, ramai dah tahu perjuangan "Hijau" sebenarnya..perjuangan hipokrit yang muncul ikut suka dan ketika..jadi tak perlulah saudara hendak melalak seperti anjing tersepit di sini.

    sudah ada bukti dan fakta yang Lynas selamat untuk beroperasi..masih hendak melalak?

    tidak perlulah hendak menunding bahawa pencemaran utama di negara ini adalah dari Lynas semata-mata..mana-mana kilang yang beroperasi sudah tentu akan mengeluarkan sisa sama ada dalam bentuk pepejal, gas atau cecair.

    Tapi pelepasan atau pengurusan sisa/residu tersebut mesti mengikut piawaian yang dibenarkan oleh jabatan alam sekitar.

    Kini Lynas sudah pun mengikuti semua spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Alam sekitar. Malah IAEA turut mengesahkah Lynas selamat. Kenapa Hijau masih melalak?

    Mahkamah juga sudah putuskan operasi Lynas selamat dan boleh diteruskan. Jadi kenapa Hijau degil melalak?

    Kalau rasa tidak selamat sehingga membuat bulu tekak saudara naik. Buat apa melalak? Ikut saluran betul. Buat laporan kepada jabatan alam sekitar. Bukan berdemo tak tentu hala.

    ReplyDelete