Tuesday, November 6, 2012

MP Pakatan "Murtad"

Dah menjadi satu kewajipan bagi pakatan memperlekehkan kedaulatan bangsa, agama dan negara dalam setiap ceramah mereka. Dari pengamatan perisik, rata-rata teks ucapan mereka berkisahkan kepentingan pola kependudukan di lokasi tertentu berdasarkan pecahan kaum dan agama. 

Sebabnya bila mereka masuk kawasan majoriti melayu, dinyanyikan lagu sedap-sedap bagi orang melayu mendengar. Bila kawasan majoritinya cina, lagu pun berubah dengan lagu nak bagi kaum cina seronok. Bila masuk kawasan majoriti India, intipati ceramah pun sekadar nak bagi sedap kaum india mendengar.

Itulah strategi lapuk yang digunakan dalam PRU12, kesudahannya segala janji di dalam semua ceramah mereka hanya tinggal janji. Bila dah dapat undi, kata-kata yang dijanjikan kepada rakyat tak tertunai. Dah tu disalahkan pula kerajaan! Soalnya siapa yang berjanji? Gila Hipokrit mereka ini.

Sekarang Nurul Izzah secara terang-terangan melacurkan kedaulatan agama Islam di dalam forumnya di dalam sebuah Gereja. Lebih Lanjut BACA SINI. Seperti yang perisik nyatakan awal tadi, lagu yang dinyanyikan adalah sekadar sedap telinga mendengar bagi majoriti di tempatnya berucap.

Dalam hal ini, beliau berada di hadapan majoriti penganut kristian. Sudah tentu strategi yang digunakan adalah dengan menyebut kata-kata yang ingin menarik bakal-bakal pengundi kristian. Nurul Izzah dengan bangga berkata:
"Rakyat tidak harus dipaksa menganut satu agama dan ini juga terpakai kepada orang melayu"
Orang-orang PAS sendiri terkejut sampai tertanggal serban dan kopiah apabila mendapat tahu nurul izzah berkata begitu. Ramai orang PAS cakap "Apa sudah jadi dengan Pakatan?".

Apa tujuan beliau berkata begitu? Adakah untuk mendapatkan undi "melayu murtad"? Atau cubaan memberi lampu hijau kepada gerakan murtad di Malaysia? Adakah kita mahu peristiwa hitam Gereja di Damansara Utama (DMUC) berulang?. BACA SINI dan SINI.



Minda Nurul Izzah mungkin masih beku selepas disergah oleh Azalina di Parlimen tempoh hari. BACA SINI mengenainya. Maka keluarlah kenyataan "Saya sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad..".

Baik punya pusing, dalam gereja di hadapan majoriti kristian lu cakap lain. Sekarang bila di dalam blog yang dibaca oleh penyokong tegar pakatan yang majoriti Islam lu buka cerita lain. 

Nurul Izzah lupa bahawa Perkara 160, Perlembagaan Persekutuan menerangkan yang orang Melayu sebagai seseorang yang menganuti agama Islam. Memang sah Pakatan bila berkuasa bakal memansuhkan Perkara 160. 

Pakatan semakin terdesak diambang PRU13 ni, sehingga sanggup melacurkan kedaulatan Islam. Apa sudah jadi cubaan Pakatan, melacur di Singapura. BACA SINI.  


Perisik: dana yahudi lu ambil..lepas tu agama Islam lu lacurkan. Pakatan memang sah pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara! 



No comments:

Post a Comment