Thursday, November 15, 2012

Guling BN Lebih Penting Dari Isu Kebebasan Agama??


Semakin melalut puak PAS ni semenjak berada di dalam gerombolan pakatan haram. Seperti yang sudah kita lihat beberapa isu besar sebelum ini apabila rakan dalam pakatan sendiri yang memperlekehkan agama Islam mereka anggap sebagai perkara remeh sahaja? 



Dalam Muktamar PAS di Kelantan ke-58, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata Dewan Ulama lebih tertarik membincangkan usaha menggulingkan BN dalam PRU ke 13.

..beliau menegaskan bahawa tiada keperluan untuk membincangkan hal tersebut.

"Ada yang mencadangkan isu kebebasan agama yang disampaikan rakan kita dijadikan topik utama, kita tidak ada masa hal bincang pasal tu. Kita fikir bagaimana nak gulingkan BN secara terperinci dan teratur," ketika berucap pada Majlis Perasmian Muktamar Pas Dewan Ulama hari ini. Lebih lanjut BACA SINI

Semakin karut perjuangan yang dibawa  mereka. Nilai perjuangan Islamik jelas sudah terhakis sejak sebumbung bersama PKR dan DAP. 

Walhal rakan mereka dari DAP lebih lantang menolak sekeras-kerasnya perlaksanaan hudud. Namun PAS hanya mampu melihat sahaja bagai tangan, kaki dan mulut terkunci. 

Orang kuat dalam PKR sendiri, Anwar Ibrahim menyebut "umat Islam lemah jiwa" dalam isu filem hina Islam. Sekali lagi PAS berdiam takut untuk bersuara. BACA SINI.

Bila Nurul Izzah, Naib presiden parti anak beranak ini mengeluarkan kenyataan hak kebebasan agama untuk semua. Musyidul Am, Nik Aziz dan Presiden parti, Hadi Awang masih cuba hendak berdolak dalih dalam menegur kesilapan rakan dalam pakatan sendiri. BACA SINI

Suara-suara yang keras menentang di kalangan ahli-ahli akar umbi PAS dilihat semakin lesu ditengelami oleh puak Anwarinas. Jelas puak kepimpinan yang dipelopori oleh Anwarinas telah membelenggu perjuangan asal mereka. 

Isu "Kebebasan Agama Samarata" oleh Nurul Izzah dianggap remeh. Mereka lebih sanggup membiarkan akidah umat Islam dipersenda dari mempertahankannya. 




Ahli-ahli akar umbi PAS naik angin, Mengapa pula perlu ditangguhkan memperbincangkan hal besar ini? Semua barisan pemimpin mereka sudah pun berada di dalam Muktamar PAS di Kelantan ni. Maka inilah waktu yang paling sesuai untuk dibincangkan!!!

Nampaknya kepimpinan PAS sudah tersampuk dengan godaan dalam pakatan dalam mengejar kerusi empuk Putrajaya.


perisik: ahli-ahli PAS nampaknya dah meluat dengan kepimpinan PAS yang menjadi lembu PKR dan DAP.


No comments:

Post a Comment