Friday, November 16, 2012

Dua Sultan Tegur Nurul Izzah



Titah yang disampaikan memang secara umumnya sebagai peringatan kepada rakyat jelata khususnya yang beragama Islam. 

Namun begitu isi titah dua Sultan dilihat banyak menyentuh isu yang mula ditimbulkan oleh Nurul Izzah dengan kenyataan kontroversi di sebuah forum bertajuk " Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?". 


Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah di hadapan rakyat di Kuantan sempena sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Pahang. Antara isi titahnya:


..kenyataan itu sebagai mengarut dan tidak masuk akal, baginda juga kesal dengan pihak terbabit yang terlalu lantang bercakap mengenai agama tanpa memperhalusi kesannya kepada masyarakat terutama umat Islam.
"Sebagai ketua agama Islam dan pemerintah negeri Pahang saya berasa sedih, dukacita".
"Saya nasihatkan agar rakyat tidak mendengar cakap-cakap sebegitu dan perlu memikirkan perkara itu dengan sehalus-halusnya"
..sebagai seorang Islam, kenyataan berkaitan agama Islam tidak boleh dibuat sesuka hati tanpa merujuk kepada pihak yang lebih arif.
"Tidak semestinya orang yang mahir tentang Islam boleh bercakap mengenai Islam, saya juga mahir dan boleh juga bercakap mengenai Islam tapi kita ada majlis agama Islam, ulama kita semua bijak bistari.."
"Saya sayang agama saya. Kita kena sanjung agama kita setinggi-tingginya dan jaga dengan sepenuh hati. Dalam Perlembagaan turut menyebut bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara ini"

Manakala Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam sempena sambutan Maal Hijrah 1434 peringkat negeri. Antara isi titah baginda:

..mengingatkan supaya Islam tidak dicampuradukkan dengan politik kerana ia boleh mengeliru dan memecahbelahkan masyarakat Melayu.
..kebelakangan ini kesucian Islam dinodai apabila hukum-hakam agama dan tafsiran Al-Quran telah sewenang-wenangnya menjadi modal politik meraih sokongan.
..ayat-ayat Al-Quran bukanlah seperti sepotong sajak yang boleh ditafsirkan mengikut selera dan kefahaman sendiri.
"Beta tidak rela orang Melayu meninggalkan Islam yang maha suci ini, sebaliknya beta mahukan orang melayu mempertahankan kesucian agama Islam ini dengan kekuatan dan kebijaksanaan seperti yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW, para sahabat, para mujahid dan pemimpin-pemimpin Islam terdahulu".
"Pemimpin-pemimpin Melayu dahulu yang bijaksana telah mendefinasikan dengan jelas ciri orang Melayu sebagaimana dalam Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan iaitu mereka hendaklah mengamalkan budaya Melayu, bertutur Bahasa Melayu dan beragama Islam.
"Jika satu daripada perkara di atas tidak diamalkan oleh seseorang, maka ia bukanlah ditafsirkan atau dianggap sebagai orang Melayu".
..sudah tiba masanya umat Islam khususnya orang Melayu di Selangor supaya berwaspada dan menilai semula kedudukan mereka supaya tidak terpengaruh dengan hasutan dan dakyah oleh pemikiran bebas, liberalisme atau pluralisme yang boleh merosakkan akidah seseorang dan seterusnya boleh menjadi syirik terhadap Allah.

Titah dua Sultan ini bakal menjadi igauan kepada pakatan terutamanya Nurul Izzah yang dilihat mempermainkan kesucian agama Islam.
"Rakyat tidak harus dipaksa menganut satu agama dan ini juga terpakai kepada orang melayu". 
Itulah kenyataan Nurul Izzah di dalam sebuah gereja. Kenyataan yang masih hangat dibincangkan di alam maya, surau, masjid dan kedai kopi. 

Mungkin Nurul Izzah telah dinasihatkan supaya berdiam sehingga keadaan kembali sejuk seolah tidak pernah berlaku? Strategi membiarkan perkara ini berlalu ditelan masa. 

Adakah rakyat sebodoh itu?

Rakyat terutama puak-puak akar umbi PAS-PKR sendiri tak dapat tidur lena memikirkannya dan jika tiada pembetulan dilakukan mana mungkin keadaan akan kembali reda.

Apa yang menarik titah Sultan Selangor dibuat selepas Nurul Izzah dipanggil JAIS. Nampaknya laporan JAIS sudah lengkap dan telah sampai kepada Sultan. 

perisik: dalam keadaan begini..nurul izzah masih nak teruskan saman ke?


kredit gambar: http://www.akmaladanan.com/2006/08/profile.html
                      http://khabarpahang.blogspot.com/2012/05/beta-bangga.html

2 comments:

  1. 'Katakan Celaka Muhyiddin'..... Muhyiddin LEMBU tua NYANYUK nak mampus!!!

    Puteri UMNO Kump ANJING menyalak Gila Babi....

    ~ BUKTI 1 ~

    ~ BUKTI 2 ~


    Pemimpin2 UMNO BODOH macam LEMBU... Tua2 NYANYUK nak mampus!!!

    Lihat Bukti Transformasi Pemuda UMNO otak lembu telah berjaya!!!

    ~ BUKTI 3 ~

    ~ BUKTI 4 ~

    ~ BUKTI 5 ~

    ~ BUKTI 6 ~


    ReplyDelete
  2. La' Iqra fiddin nil Islam ~ Tiada paksaan dalam islam...

    ReplyDelete