Thursday, November 22, 2012

PANAS!!! Pakatan Dedah Auta Mazlan Aliman


Nampaknya rakan dalam pakatan sendiri geleng kepala dengan kenyataan kamikaze Mazlan Aliman menghembur fitnah kononnya ada bukti dokumen mengaitkan ahli parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina dengan projek RAPID. 

Fitnah tersebut dilakukan Mazlan pada himpunan kahak hijau di Sungai Rengit pada 30 September lalu. Kerana mulut badan -Mazlan- binasa. 

Perisik diberitahu, peguam Azalina sudah pun berhubung dengan Mazlan bagi menyerahkan notis tuntutan. Setelah menerima pun, Mazlan yang merupakan Presiden Pertubuhan haram ANAK dengan lagak sombong tetap dengan pendirian enggan memohon maaf dan mengatakan "...see in court". Confident sungguh bila berhadapan peguam Azalina.

Tetapi dari sumber perisik terima, lain pula kisahnya, kerana beberapa kali Ahli Parlimen (MP) Pakatan datang bertemu Azalina cuba MERAYU bagi pihak Mazlan supaya tidak mengambil tindakan terhadapnya. 

Difahamkan MP Pakatan tersebut tahu yang dokumen tersebut tidak wujud dan auta semata-mata. Rupa-rupanya Mazlan action cool je dengan lawyer tadi. 



Apa punya wayang lu main Mazlan! Depan lu lagak sombong, belakang lu hantar orang merayu! 

MP tersebut minta supaya jangan saman kerana Mazlan bukan ada duit?? Kalau begitu, buatlah kenyataan maaf menarik balik fitnah tersebut. Sebab mereka tahu kalau ke mahkamah pun tak boleh menang.

MP Pakatan tersebut tahu jika mohon maaf terbuka dilakukan, maka terkuburlah karier politik Mazlan. Kerana implikasinya menggambarkan beliau mengaku sebagai kaki fitnah. Segala persepsi buruk akan menyelubungi pakatan dan kesannya amat buruk kepada parti.....Bila dah buat, tahu pula kreadibiliti terjejas. 

Tapi yang pergi sebar fitnah, tak menjejaskan kreadibiliti orang lain ke?

Itulah yang berlaku sekarang dan Azalina tahu bahawa fitnah terhadapnya tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ia memberi persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan.

Barulah tahu sebab mengapa Mazlan enggan memohon maaf walaupun dia dan rakan dalam pakatan sendiri tahu yang dokumen tersebut tidak wujud. Fitnah yang menjadi senjata utama ceramah beliau nampaknya telah memakan diri.

Kalau rakan pakatan pun tahu Mazlan tidak boleh menang di Mahkamah. Jadi tindakan Mazlan ini sebenarnya hanyalah untuk melengah-lengahkan masa sahaja.

Kesimpulannya minta maaf terkubur, tak minta maaf pun tetap akan terkubur! GAME OVER

perisik: siapa MP pakatan tu ?? 

No comments:

Post a Comment