Thursday, November 22, 2012

Penduduk Pengerang Dihalau Keluar Parlimen


Kerajaan Zalim! Itu yang terpacul dari mulut-mulut puak pakatan bila baca tajuk ni. Nak buat macam mana dah memang perangai dorang, dari tajuk jer dah boleh direkanya dalam kepala dengan bermacam-macam imaginasi persepsi buruk terhadap kerajaan.

Begitu juga dengan perangai wartawan kaki pusing MeloyaKini yang melaporkan nak bagi puak-puak pakatan sedap membacanya. Kerana apa yang menariknya ayat yang digunakan "..SEKUMPULAN penduduk Pengerang, Johor dihalau keluar..". 

Insiden ini berlaku awal pagi Rabu, dimana Ahli Parlimen (MP) Bakri, Er Teck Hwa cuba membuat sidang media (PC) di Parlimen dengan membawa masuk orang luar. 

Mungkin Teck Hwa terlupa yang Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin sudah pun mengeluarkan arahan bahawa ruang PC di Parlimen hanyalah untuk Ahli Parlimen sahaja.

Atau Teck Hwa sengaja buat-buat lupa dan berdegil membawa masuk "orang luar" tersebut. Apa jua alasannya, arahan Speaker amat jelas. MP lain boleh faham, takkan Teck Hwa tak faham-faham.

Pada mulanya Teck Hwa cuba melakukan PC sendirian selepas menerima arahan pertugas. Tetapi "orang luar" yang awalnya melihat dari tepi, terus sahaja meluru duduk dan bercakap kuat untuk memberi penerangan kerana tidak tahan melihat gelagat Teck Hwa yang asyik tergagap-gagap. ingatkan meluru nak bagi penampor kat Teck Hwa..buat PC pun kantoi. cantik kalau dapat gambar tu.

Akibatnya berlakulah sedikit kekecohan dimana, pegawai pertugas keselamatan Parlimen menghalang orang luar dari mengadakan PC seperti dalam gambar yang anda lihat di atas. Teck Hwa dalam keadaan begini pun masih cuba meneruskan PC dengan tergagap-gagap. Err..Err..err..

Jelas apa yang berlaku semalam adalah kesalahan Er Teck Hwa sendiri dan beliau perlu bertanggungjawab di atas insiden yang mencemar kedaulatan Parlimen.

Kesempatan ini direbut sebaiknya oleh Meloyakini untuk membuat story, maka keluarlah perkataan "SEKUMPULAN". Seolah-olah memberi gambaran satu kumpulan besar yang terlibat. 



Hakikatnya, para wartawan menjadi saksi bahawa yang hadir hanyalah dua orang luar sahaja. Dua orang tersebut adalah mereka yang duduk di kiri kanan Teck Hwa (lihat gambar). 

"..Heeeek elehhh!!!.." BACA SINI

perisik: Betul ker dua orang ni penduduk Pengerang?? Sejak dari dulu terbukti majoriti yang buat kecoh di Pengerang adalah bukan penduduk setempat. 

No comments:

Post a Comment