Thursday, November 8, 2012
PAS Suka Melayu Murtad
Apa lagi penghinaan yang ingin dilakukan oleh puak pakatan terhadap kesucian agama Islam selepas ini? Lepas satu perkara, datang lagi perkara yang lain yang jelas dilihat oleh mata kepala rakan mereka sendiri dalam Pakatan, terutamanya PAS.
Bila terkantoi, mulalah membuat seribu tuduhan dan penafian yang kononnya kenyataan mereka telah diputar belit oleh media dan blog.
Apa jua penafian dan cubaan menutup "bangkai" kejahatan mereka, tidak akan mampu menutup bau yang membusuk.
Dalam isu Naib Presiden Keadilan, Nurul Izzah, timbul persoalan mengapa kepimpinan PAS diam membisu seribu bahasa? Sedangkan ahli-ahli PAS sendiri terkejut dan MARAH setelah melihat video ucapan Nurul dalam forum di gereja di Petaling Jaya.
Seperti yang telah perisik nyatakan dalam posting sebelum ini bahawa konsep hukum Islam yang dibawa oleh PAS. Lebih lanjut BACA SINI. Hal agama pun nak main game ka?
Kalau kata-kata di gereja terbabit diucapkan oleh wakil BN beragama Islam. Sudah pasti game yang dimainkan mereka berbeza sama sekali. PAS sudah tentu tampil dengan garang mengutuk tanpa perlu usul periksa atau menunggu bukti sahih 100%.
Bila perkara tersebut kena pada batang hidung sendiri, mulut dan tangan mereka bagai dikunci dari menegur tindakan rakan dalam pakatan mereka sendiri. Garang bak harimau yang digunakan terhadap BN berubah menjadi malu kucing terhadap orang mereka sendiri.
Lagak hero bagaikan perjuang "Islam" pada parti lawan tapi hilang telor bila berhadapan dengan kawan sendiri.
Hukum Islam mana yang cuba dibawa oleh mereka kepada rakyat? Inilah hukum "Islam PAS". Hukum IKUT SUKA dan IKUT KETIKA.
perisik: rakan dalam pakatan cakap DAP paling seronok tengok Nurul Izzah kena balun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment