Thursday, November 15, 2012

ANGKASA: Bumi Tak Jadi Bergelap 3 Hari!


Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) telah memaklumkan bahawa fenomena yang sedang digembar-gemburkan di alam maya tentang bumi akan bergelap selama 3 hari adalah andaian semata-mata.

Berita dakyah ini bermula dari sebaran video yang kononnya dari pihak NASA. Namun hakikatnya video tersebut telah dimanipulasikan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. 



Posting perisik sebelum ini adalah memaparkan mengenai keriuhan forum dan bloggers antarabangsa mengenai perkara ini DI SINI.

Sekarang pihak ANGKASA telah pun membuat kenyataan media yang boleh dibaca sendiri DI SINI.

No comments:

Post a Comment