Friday, November 9, 2012

Bapak Cerita Lain Anak Cerita Lain



Pakatan memang terkenal dengan mengeluarkan kenyataan yang bercelaru di dalam menangani banyak isu yang membelenggu parti. Jelas tiada kesepakatan wujud di antara mereka sudah pun kita lihat dalam pandangan mereka mengenai kemasukan projek RAPID di Pengerang. Sekejap cakap tolak projek, sekejap cakap terima.  BACA SINI mengenainya.

Kali ini dalam kemelut Nurul Izzah ni pun timbul pula kecelaruan pendapat antara Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Abdul Abduh DENGAN bapanya sendiri Mursyidul Am PAS, Nik Aziz. 



Nik Abduh dilihat mempertikaikan pemahaman Nurul Izzah mengenai ungkapan tiada paksaan dalam agama daripada ayat 256 surah al-Baqarah. Kerana surah tersebut merujuk kepada hak bukan Islam untuk kekal dalam agama mereka sebebas-bebasnya dan ia sama sekali tidak melibatkan umat Islam. BACA SINI.

Manakala Kenyataan Nik Aziz pula dilihat cuba mempertahankan Nurul Izzah dengan menceritakan kisah kesnya sebelum ini yang Tan Sri Rahim Noor, bekas Ketua Polis Negara sendiri pernah gelar dia "bapa kafir" tapi tiada apa tindakan terhadap Rahim. Mesti BACA SINI selanjutnya.

Nak tergelak baca statement ni..membuat perbandingan dengan menggunakan kes yang jauh langit dengan bumi. Kes Nurul Izzah telah  menyentuh Perkara 160 yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Kes Nik Aziz ada dalam perlembagaan mana? 

Lawak..lawak.. Ahli-ahli pakatan di peringkat akar umbi terutama PAS banyak yang hantuk kepala ke dinding memikirkan rakan dalam pakatan sendiri mengeluarkan kenyataan yang merendahkan kedudukan agama Islam di Malaysia.

perisik: Dalaman PAS bakal lancar jihad nak singkir ulama-ulama, ustaz dan ustazah mi segera PAS yang suka cedok ayat al-Quran separuh-separuh. Gila dorang ni, ayat al-Quran pun nak dipolitikkan bagi menguntungkan mereka!

No comments:

Post a Comment