Monday, November 19, 2012

PAS doakan DAP K.O


DAP yang lebih awal telah mengisytiharkan Anwar Ibrahim sebagai PM jika menang PRU13 nanti, tiba-tiba pada hari yang sama di dalam muktamar, PAS dengan gopoh hendak naikkan Presidennya, Hadi Awang sebagai PM pula? 

Namun hari ini DAP dengan selamber badak tempeleng kepala-kepala ulama PAS dengan menegaskan pendirian, Anwar sebagai pilihan utama DAP menjadi PM.
"Siapa saja boleh minta orang lain tapi kami tetap mau dia" kata Guan Eng di lobi Parlimen tadi.
Sekarang parti DAP pilih Anwar. Parti PKR pula agak-agaknya takkan nak buat lawak pilih Hadi kan. Sudah tentu mereka juga akan memilih Anwar.

Jelas tiga parti ini tidak berkomunikasi antara satu sama lain bagi memastikan setiap parti dan rakan mereka tidak mengeluarkan kenyataan yang memperbodohkan pakatan.

Kerana baru semalam Anwar cakap "Hadi jadi PM..no problem" boleh bincang katanya. 

Mustahil DAP tidak tahu mengenainya, jika tidak DAP pasti akan mengelak memberi sebarang komen sehingga selesai perbincangan. Tapi DAP memilih untuk tidak membuang masa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Guan Eng tadi.

Pendek cerita perbincangan antara Hadi dan Anwar memang tidak akan berlaku.

PAS confirm berbulu dengan perkembangan ini kerana tindakan DAP kali ini tidak menunjukkan semangat setia kawan dalam pakatan. Terus sahaja menafikan pandangan suara kepimpinan PAS. 

Ramai orang PAS cakap ini bukan sikap semangat setia kawan tapi gerakan licik musuh dalam selimut untuk menenggelamkan parti bulan tersebut.

Sekarang PAS dah tahu musuh sebenar mereka. Adakah PAS akan buat solat hajat  dan mendoakan kejatuhan DAP???

perisik: Memang seperti perisik jelaskan dalam analisis DI SINI.

1 comment:

  1. tau apa yg tersirat.hadi tak ada rahsia tersembunyi,ANWAR ADA RAHSIA UTK DIJADIKAN PISAU YG SENTIASA DILETAKAN DILEHER AGAR SENTIASA MENURUTI PERINTAH.

    ReplyDelete