Tuesday, October 23, 2012

Mazlan Aliman Mengigil Menanti Surat Saman

Mapiau..mapiau..mapiau
Hahaha..lagi wayang puak pakatan..Kali ni Mazlan Aliman tetap mempertahankan dokumen bayangannya yang kononnya ia adalah bukti-bukti mengaitkan Azalina dengan RAPID. Fitnah jijik ini disambut Azalina dengan saman.

Ketika temubual di Parlimen tadi, Mazlan Aliman berkata hanya menunggu writ saman peguam dari pihak Azalina sampai kepadanya. "Saya tidak akan mohon maaf pada dia (Azalina)...Kalau dia teruskan juga saman ini saya ada bukti dan akan buka (dedahkan)" Tambahnya lagi. Tapi apsal lu cakap mengigil..Hahaha.


Biasalah..peringkat awal belum ke mahkamah mestilah kena tunjuk berani kat bos-bos Pakatan. Tunjuk in control supaya dapat tempat jadi calon PRU13 nanti. Dengar minta jadi calon di Bera?? 

Mari kita lihat video lawak: 



Dalam video di atas, menunjukkan bertapa Mazlan Aliman ketinggalan banyak perkara mengenai perkembangan projek RAPID di Pengerang. Lawaknya ia merupakan kesilapan serupa pakatan dilakukan oleh Teck Hua, Din Pudu, Jui Meng, Anwar dan NGO dokongan pembangkang.

Sudah terbukti silap dan gagal dalam gerakan dan himpunan sebelum-sebelum ini tapi masih cuba dimainkan oleh perosak Felda ini.

Perkara yang cuba ditimbulkan oleh beliau sebenarnya SUDAH BASI kerana segala proses seperti perbincangan, pengambilan tanah, kadar belian, pampasan, peluang pekerjaan, latihan pekerjaan dan lain-lain lagi sudah pun diselesaikan berperingkat-peringkat oleh pihak kerajaan Negeri lebih awal. 

Tuduhan mengatakan yang rakyat  Pengerang menentang dan tidak diberi peluang, pampasan tidak adil, hilang peluang pekerjaan dan lain-lain adalah tidak berasas dan fitnah semata-mata

FAKTA sahihnya - "90% penduduk terlibat" menyokong kemasukan projek ini. Daripada 90% itu tadi, lebih 70% sudah menerima pampasan. Ada yang menerima melebihi jutaan ringgit. Apa jadah lu recycle cerita lama.

Memang lawak bila melihat mamat perosak Felda ni tiba-tiba TERPACUL di Parlimen. 

Tapi macam pernah ku lihat taktik ni..tapi dimana yer? Kat mana lagi kalau bukan di Pengerang. 

Kerana telalu jelas di kalangan penduduk tempatan sendiri, sebelum RAPID masuk ke Pengerang, tiada seorang pun puak pakatan datang mengambil berat tentang permasalahan penduduk Pengenrang. 

Bila RAPID masuk jer..tup tup..TERPACUL makhluk-makhluk perosak kat depan pintu rumah dan pentas ceramah. Lagak hero, nak tolong penduduk tempatan kononnya. Macam orang tua kata.."tolong ada makna tu". 

Siapa yang ada kepentingan peribadi ? 


Perisik: Datuk Azalina diingatkan supaya teruskan saman ini supaya kuburkan karier politik Mazlan Aliman. BACA SINI

No comments:

Post a Comment