Serangan terbaru rejim zionis Israel di penempatan Gaza sekali lagi mendapat perhatian dunia. Nampaknya pembunuhan orang Palestine ni dah jadi semacam "hobi" suka-suka zionis. Macam biasa alasan melakukan hobi ini, adalah untuk menghapuskan penyerang roket ke penempatan haram mereka.
Dah tu boleh bangga pula mendakwa telah berjaya menghapuskan sasaran penyerang roket tu. Cuba lihat wajah penyerang roket yang kononnya telah berjaya dihapuskan Israel:
Kerakusan senjata Israel meratah jasad anak kecil, perempuan dan orang tua sudah acap kali kita dengar atau lihat.
Malah tiap kali berlaku, sekali lagi negara Islam di seluruh dunia turun berdemo, membakar bendera Israel, mengeluarkan resolusi dan melancarkan boikot terhadap produk-produk yang ada kaitan dengan rejim zionis.
Perisik bukan hendak memperlekeh usaha tersebut, kerana perisik sendiri sudah beberapa kali turut serta dalam demo ke kedutaan AS. Malangnya dari beberapa siri demo dan boikot tersebut, langsung tidak menampakkan yang kekejaman Zionis ini akan ternoktah.
Dari pengamatan perisik, kebiasaannya negara Islam dunia masing-masing akan mengeluarkan resolusi atau bantahan mengutuk serangan terbabit dan perkara ini akan mereka bawa ke persidangan pertubuhan OIC. Adakalanya terus ke PBB.
Di persidangan PBB itu nanti wakil-wakil negara Islam akan membentangkan resolusi yang telah disepakati OIC tadi.
Resolusi itu sememangnya mendapat sokongan majoriti dan bila sampai masa hendak diluluskan. VETO digunakan! Yakni kuasa pembatal yang ada pada 5 kuasa besar dunia (AS, Perancis, China, UK, Rusia).
Inilah kengkangan sebenar dan punca kepada kegagalan usaha kita untuk menghentikan pembunuhan Palestin. AS yang merupakan sekutu kuat Zionis telah menggunakan kuasa Veto sebanyak 82 kali dan majoritinya terhadap resolusi yang berkaitan dengan Israel !
Jelas Veto merupakan penganiayaan, penindasan dan penghalang utama kepada keamanan dunia. Kerana suara majoriti diketepikan!
Apakah perlu kita meneruskan langkah/prosedur sedemikian rupa? Kerana kesudahannya sudah pun kita ketahui!
Perisik: Tiba masanya Yang DiPertuan Agong, Sultan dan Raja-raja memainkan peranan menyarankan seluruh Masjid di Malaysia melakukan solat hajat mendoakan kemenangan Palestine dan kehancuran Israel.
bukit tetap berdiri teguh walaupun anjing menyalak sampai hilang suara.
ReplyDelete