Saturday, March 1, 2014

Sudut Ringkas Chew Mei Fun Calon N25 Kajang


Nama Chew Mei Fun (CMF) tidak asing dalam arena politik, mungkin dikalangan rakan media dan blogger sudah mendengar nama ini dulu tapi kemudian hilang dari ingatan. Bukan dilupai akan tetapi tuan punya badan menyepi sementara kerana berpegang teguh pada prinsip. Apa kisahnya?

Datin Paduka Chew Mei Fun merupakan orang kuat MCA yang pernah memegang jawatan sebagai Ketua Wanita parti. Lebih lanjut, CMF pernah dilantik sebagai Senator Dewan Negara dan kemudian diangkat sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga oleh Datuk Seri Najib pada 9 April 2009.

Namun segalanya berubah pada Pemilihan MCA 2010 dimana beliau telah berikrar akan melepaskan jawatan jika Datuk Dr Chua Soi Lek yang tebabit dengan kontroversi rakaman berahi terus dipilih perwakilan sebagai presiden. 

Kesudahannya Chua Soi Lek berjaya mempertahankan kerusi Presiden menewaskan calon lain Ong Tee Keat dan Ong Ka Ting. Sehubungan itu, CMF melepaskan semua jawatan tertinggi parti dan Timbalan Menteri atas dasar prisip dan ikrar yang dilafazkan. 

Tindakan beliau ini telah memberikan tamparan hebat buat MCA yang masih menagih khidmatnya dalam mengemudi sayap wanita parti. Cakap serupa bikin CMF ini telah membuatkan rakan dalam parti sakit kepala tapi apakan daya beliau tetap teguh dengan pendiriannya.

Setelah hampir empat tahun menyepi di balik tabir. Beliau muncul kembali apabila diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon PRK N25 Kajang. 

Berita perlantikan ini di sambut CMF dengan hati terbuka dan dengan pantas merangka gerak kerja bagi menemui seberapa ramai penduduk bagi menunjukkan komitmennya dalam berkhidmat demi rakyat terutamanya penduduk Kajang.

CMF mungkin mempunyai resepi tersendiri dalam memenangi hati 39,378 pengundi di N25 ini, namun sentiasa siap siaga akan segala kemungkinan yang mendatang.

Beliau kini sedang giat memberi penerangan akan situasi dan mendengar permasalahan yang dihadapi penduduk masa ini. Sebagai seorang yang membesar dari keluarga susah. CMF tiada masalah memahami dan tidak merasa kekok untuk bertemu rakyat dibawah.

Berpengalaman sebagai bekas Wartawan China Press, guru, peniaga dan atlet judo sukan SEA. Membuatkan CMF calon serba boleh dan sepatutnya dipilih mewakili warga DUN N25.


No comments:

Post a Comment