Tuesday, March 18, 2014

Jijah Kempen Untuk Rakyat atau "Laki"?



Sebelum pertukaran calon lagi, pembangkang melalui pak non tidak memzahirkan sebarang usaha untuk menjaga kepentingan Rakyat. 

Tapi beliau menggerakkan jenteranya untuk mendesak rakyat turun ke jalan berhimpun. Bila keputusan rayuan memutuskan yang beliau bersalah. Lagi galak pembangkang meracun orang ramai itu ini serba tak kena dalam perundangan negara.

Bila kalah semuanya cacat. Bila menang baru anggap sistem kehakiman betul? Ganjil sungguh cara pembangkang mendidik rakyat memahami undang-undang.

Mungkin dulu ramai yang akan telan bulat-bulat apa yang pembangkang suapkan. Kini rakyat seperti hilang mood untuk terlibat dengan mainan sebegini. 



Buktinya perhimpunan yang cuba dilakukan juak mereka selepas keputusan mahkamah rayuan hanya menerima kehadiran suam-suam kuku.

Tiada sebarang momentum apabila berubah calon kepada Jijah. Bila melihat pemilihan ini, ramai pemerhati mengagak yang Jijah ingin mengulangi game Permatang Pauh. Di mana beliau mengosongkan kerusi semata-mata ingin memberi laluan buat pak non.



Keputusan mahkamah jelas merencatkan usaha pak non untuk menggapai impian MB dan PM. Jadi taktik recycle diguna bagi menjamin kelangsungan karier politik beliau.

PRK ini berlaku atas alasan yang tidak munasabah demi kepentingan peribadi pak non. Ia menguatkan lagi andaian setelah pak non di dapati besalah MELIWAT dan calon berubah kepada Jijah. 

Inilah pilihanraya yang DIBAZIRKAN demi kepentingan peribadi Pak Non.


No comments:

Post a Comment