Keadaan ini membimbangkan kerana kemampuan kenderaan berat kategori ini untuk beroperasi dengan cekap dan selamat amat diragui. Situasi ini meletakkan kenderaan ini upama bom jangka yang boleh meledak pada bila-bila masa.
Ia dikukuhkan dengan fakta 83% kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan sepanjang 2012 adalah disebabkan oleh kenderaan berat. 18.7 peratus daripadanya adalah lori dan sebahagiannya melibatkan kenderaan lama.
Ada diantara lori dan treler uzur ini terus berkhidmat dengan membawa beban seperti kayu balak, batu, pasir, jentera dan gelung besi. Kebanyakannya tidak diselenggara dengan sempurna dengan kelemahan mekanikal yang kritikal seperti brake.
Unit penguatkuasa SPAD sejak dari awal penubuhan terus menerus melakukan operasi serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap kenderaan berat yang didapati melanggar peraturan.
Namun semua itu tidak mencukupi memandangkan jumlah kenderaan berat yang beribu-ribu di atas jalanraya. Disamping kelicikan pemandu lori ini yang menggunakan tonto atau memasang mata-mata bagi mengelak sekatan jalanraya yang dilakukan oleh SPAD.
Syed Hamid memberitahu bahawa agak sukar untuk mengarahkan syarikat-syarikat pengangkutan berat ini untuk beralih dengan yang baru atau lebih baik. Kesukaran ini tidak beerti SPAD lepas tangan, memandangkan usaha bagi memastikan kepentingan orang awam terpelihara merupakan tugas berterusan dan ini tidak dapat dilaksanakan dengan cepat tanpa bantuan orang ramai.
No comments:
Post a Comment