Sunday, March 23, 2014

Fitnah Bangang Pembangkang Terhadap Mei Fun


Melihat kepada trend pengundi N25 Kajang yang sudah muak dengan politik janji kosong pembangkang sedikit sebanyak memberi kelebihan buat calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun. 

Malah program-program yang disertai oleh Mei Fun di semua pusat daerah mengundi menampakkan kemeriahan di kalangan pengundi yang berbilang bangsa datang menyertai serta memberi sokongan kepada beliau.

Perkembangan ini sudah tentu menggusarkan parti lawan yang dari awal haru dengan isu dalaman parti serta kelesuan jentera mereka yang longlai tanpa kelibat rakan pak turut mereka iaitu PAS.

Jadi pelbagai tindakan jahat terpaksa dilakukan bagi memastikan kuku besi mereka terus mencengkam pengundi DUN Kajang. Di sekitar Sungai Chua mula kelihatan banting provokasi memfitnah Mei Fun. Disebabkan majoriti di situ teridiri daripada Cina, maka strategi recycle iaitu memainkan sentimen perkauman digunapakai.


Mei Fun dengan tidak semena-mena dituduh jika terpilih, maka sekolah cina akan ditutup. Mungkin warga totok pembangkang akan percaya dan telan bulat-bulat walaupun ianya nanah dihurung berengga.

Sedangkan isu sekolah ini dimainkan berikutan sekolah jenis cina di Damansara yang dakwa mereka ditutup. Walhal pihak sekolah, pengetua, PIBG sendiri yang memohon sekolah tersebut dipindahkan ke kawasan yang lebih luas memandang kapasiti pelajar yang semakin meningkat. 

Bila terkantoi memainkan isu sekolah ini. Puak pembangkang seperti hilang arah cuba pula mengaitkan Mei Fun dengan isu mendera amah. Maka tersebarlah risalah seperti gambar di atas di salah satu pusat mengundi. Risalah tersebut diselitkan di dalam akhbar untuk bacaan umum.

Fitnah ini sekali lagi terkantoi apabila gambar yang digunakan adalah mengenai amah yang bekerja di Sungai Petani dipukul oleh majikannya bernama Chia Lin. Kes ini sudah pun selesai dan majikan zalin terbabit sudahpun dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun. Lebih lanjut boleh baca SINI dan SINI.

No comments:

Post a Comment