Wednesday, March 5, 2014

BRT Manfaat Kepada 500 ribu Penduduk Sunway-USJ



Dengan kekerapan setiap 5 minit, perkhidmatan Bas Aliran Deras (BRT) dijangka mampu membawa 30 ribu penumpang sehari. Semua ini akandirealisasikan apabila projek BRT ini siap dan beroperasi pada Jun 2015. 

Projek ini melibatkan laluan yang menghubungkan Bandar Sunway dan Subang Jaya. Siap kelak ia mampu memberi manfaat kepada 500 ribu penduduk sekitarnya. 

Pihak media semalam telah diberi peluang untuk melawat tapak projek BRT bersama-sama Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar.

Dalam sidang media, Syed Hamid melihat projek ini bakal menjadi satu kejayaan bersejarah dan ikon kepada pembangunan BRT yang lain. Turut hadir pada sidang media ialah pengerusi Prasarana, Tan Sri Ismail Adam dan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohamad Nur Ismal Kamal dan pengerusi Sunway Berhad, Tan Sri Jeffrey Cheah.



Projek yang menelan belanja RM549 juta ini sudah siap 32 peratus dan ketika melawat tapak, Syed Hamid berpuashati dengan perkembangan positif projek yang dimajukan oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad dan Sunway Berhad.



"Tidak lama lagi penduduk sekitar Petaling Jaya dapat menikmati pengangkutan bas elektrik yang selesa dengan kemudahan yang canggih serta mesra alam," kata Syed Hamid.

Ia adalah projek BRT yang pertama seumpamanya di Malaysia dari 12 koridor laluan BRT yang dikenalpasti di seluruh negara yang termasuk di bawah Wilayah Greater KL.




No comments:

Post a Comment