Sunday, March 16, 2014

Kejujuran Pemandu Teksi Diiktiraf SPAD



Bukan sahaja ilmu diberikan oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam program latihan khas buat pemandu Teksi 1Malaysia (TEKS1M) baru-baru ini. Malah turut memberi penghargaan kepada dua orang pesertanya diatas kejujuran mereka dalam menjalankan tugas sebagai pemandu teksi

Dua pemandu teksi ini telah menerima sijil penghargaan kerana menunjukkan sifat terpuji semasa menjalankan tugas. Mereka ini adalah See Meng Koe dan Muhamad Muhaimin yang kisah dua insan ini sepatutnya dijadikan contoh terbaik kepada pemandu teksi yang lain. 

See Meng Koe, telah memulangkan semula kamera bernilai RM20,000 kepada salah seorang jurutera yang baru pulang berbulan madu di Langkawi. Manakala seorang lagi pemandu teksi, Muhamad Muhaimin Abdullah telah menjumpai dan memulangkan dompet yang mengandungi wang tunai, kad pengenalan, kad ATM bank dan kad kredit milik Pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia Putrajaya.

Memang menjadi harapan SPAD untuk melihat pemandu-pemandu teksi menjadi penanda aras kepada sistem pengangkutan awam lain, pemandu teksi yang profesional dan berhemah akan membuatkan penumpang merasa selamat dan selesa menggunakan perkhidmatan teksi. 



No comments:

Post a Comment