Suruhajaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) elah menganjurkan program laitahan dua hari kepada pemandu Teksi 1Malaysia (TEKS1M) dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan teksi di Negara ini.
Tujuan sesi latihan ini adalah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pemandu TEKS1M dalam setiap aspek serta mengasah kemahiran berkomunikasi antara mereka
dengan penumpang.
Latihan ini merupakan satu keperluan di dalam dasar dan syarat operasi untuk menjadi seorang pemandu TEKS1M.
Kursus dua hari ini menitik beratkan kemahiran dan pengetahuan yang berikut:
Hari pertama - Peningkatan kesedaran diri, pembangunan minda dan menyuntik semangat bangga menjadi pemandu teksi.
Hari kedua - Perkhdimatan pelanggan, komunikasi dan tanggungjawab pemandu
Di akhir sesi latihan ini, pemandu TEKS1M akan mengetahui cara bagaimana untuk mengenali dan menjayakan matlamat diri dengan:
- Menjaga imej, nama baik dan kerjaya.
- Teknik berkomunikasi yang berkesan dengan penumpang
- Membezakan antara pemandu teksi biasa pemandu teksi contoh.
- Berpeluang mempelajari tekni meningkatkan pendapatan pemandu teksi
- Berupaya memahami aspirasi, perancangan dan harapan SPAD di samping
- mengetahui syarat dan peraturan operasi.
Seramai 56 orang pesrta yang menjalani latihan ibu pejabat SPAD di KL Sentral menerima sijil penyertaan yang disampaikan oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar.
Selain daripada itu, seramai dua orang pemandu teksi telah menerima sijil penghargaan kerana menunjukkan sifat terpuji semasa menjalankan tugas.
No comments:
Post a Comment