Sunday, March 23, 2014

Kehebatan Mei Fun! Merencatkan Anwar!


Sehingga ke hari terakhir kempen pukul 12malam tadi. Pihak pembangkang masih gagal mendepankan sebarang usaha untuk menyelesaikan masalah tempatan. Malahan Anwar dalam ceramah akhir sekadar tampil dengan isu lapok yang tidak memberi sebarang manfaat buat warga Kajang.

Apa yang warga kajang dapat? Hanyalah sebuah pementasan yang penuh seloka sekadar dapat membuatkan hadirin ketawa. Adakah pementasan jenaka begini mampu menyelesaikan masalah setempat? 

Apa yang warga kajang dapat lakukan dengan ketawa? Adakah dengan ketawa segala masalah denggi dapat dihapuskn? Adakah dengan ketawa, masalah kesesakan dapat diatasi? Sudah tentu tidak!

Berbeza pula dengan Datin Paduka Chew Mei Fun yang tampil komited menyampaikan hasrat untuk membantu menyelesaikan masalah berbangkit di sekitar Kajang, Melihat kepada track record Mei Fun yang pernah berkhidmat sebagai YB di Petaling Jaya sudah cukup membuktikan yang beliau mampu mengotakan janjinya.


Kejayaan menyelesaikan banyak masalah setempat di Petaling Jaya telah membuatkan parti lawan bimbang dan goyang. Kerana calon mereka Wan Azizah, tidak mempunyai sebarang bukti untuk ditonjolkan kepada warga Kajang. 

Ya lah, ketika di Permatang Pauh pun beliau gagal menjalankan tugasnya sebagai ahli parlimen. Sebab itu di kempen pembangkang, mereka tidak mampu menyebut kemampuan Wan Azizah untuk deliver tugasnya dengan baik. Sebab tiada!


Jalang akhir mereka mencipta fitnah dengan memburukkan kerajaan dan calon BN. Kehadiran orang-orang kuat pembangkang juga tidak cukup untuk mehilangkan kerisauan mereka berdepan dengan Mei Fun. Strategi Anwar untuk melangkah jauh ke Putrajaya turut terencat kerana didapati bersalah meliwat.

Jadi pengundi N25 Kajang sepatutnya sudah mampu menilai siapa yang harus dipilih ketika membuat undi hari ini. Pilihlah calon BN N25 Kajang, Chew Mei Fun. 

No comments:

Post a Comment