Wednesday, March 5, 2014

Mei Fun Baru Pantun Kor Ming Dah Mengelupur


Kor Ming tidak semena-mena menggelupur di dalam twitternya setelah membaca rangkapan kata-kata puitis Mei Fun dalam bahasa cina mengucapkan Selamat Hari Wanita. Kata-kata yang diucapkan adalah bagi menghargai pengorbanan dan jasa-jasa para wanita.

Dalam alih bahasa rangkapan yang diucapkan oleh Mei Fun berbunyi seperti berikut:
"Renyuk kain menjadi kemas bukan kerana jenama seterika yang digunakan, tetapi kasih sayang yang mengalir dari tangan wanita yang menggunakan seterika itu. Terima kasih Wanita."

Bila dibaca keseluruhan, susun bahasa yang digunakan Mei Fun memberi makna mendalam yang menyentuh perasaan namun tidaklah terlalu sukar untuk kita fahami. 

Cuma samdol seperti Kor Ming sahaja yang short circuit otaknya memahami rangkapan tersebut berbezaa. Dalam twitter, beliau memahami rangkapan yang diucapkan oleh Mei Fun seperti berikut:

"Calon MCA CMF berlakon sebagai Makcik pembersih lantai. Hari ini pula mengambil seterika. Nampaknya dia hendak jadi pembantu rumah dan bukan ADUN yang membela Rakyat. Habislah MCA yang menjualkan hak Cina."

Lihatlah bertapa menyimpangnya tanggapan beliau dalam memahami puitis penuh simbolik bahasa cina sendiri. Bagaimana ucapan ikhlas dan mudah Mei Fun boleh disalaherti oleh makhluk tiga suku ni?

Tidak semena-mena dituduh calon BN N25 ini hendak jadi pembantu rumah? Selepas itu dikatakan pula MCA menjual hak cina?

Kalau pembaca membuat perbandingan sendiri rangkapan puitis Mei Fun di perenggan awal tadi dengan komen bengong Kor Ming ini. Langsung tidak nampak keselarian dari sudut tafsiran ucapan Mei Fun ini.

Jelas Kor Ming sendiri GAGAL untuk memahami bahasa cina itu sendiri. Kalau pemahaman bahasa pun lemah, jadi Kor Ming janganlah angkat diri bagai hero untuk kaum cina yang kononnya melindungi hak cina. 

Rasanya pengundi Taiping tepuk dahi melihat telatah Ahli Parlimen mereka yang tak paham bahasa. Habis berpusing-pusing lintang pukang tafsiran puitis dibuatnya. Sudah-sudahlah Kor Ming, lu sendiri pusing, lu sendiri yang pening.

1 comment:

  1. "Renyuk kain menjadi kemas bukan kerana jenama seterika yang digunakan, tetapi kasih sayang yang mengalir dari tangan wanita yang menggunakan seterika itu. Terima kasih Wanita." saya suka ayat2 ini. membawa makna yang sungguh positif.

    ReplyDelete