Friday, March 14, 2014

Mesra Mei Fun Warnai Kajang


Perisik sempat mengikuti beberapa sesi turun padang bersama calon N25 Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun. Ternyata warga Kajang menyambut baik kehadiran beliau dengan mesra dan ada juga ambil peluang bergambar bersamanya.

Gelaran nama yang diberikan oleh penduduk Kajang "Comel & Mesra" atau Comey Fun memang kena pada orangnya apabila melihat beliau tidak lekang dengan senyuman dan ramah bila bersua tua muda dengan berbilang bangsa.

Jelas terpancar kemesraan di wajah warga Kajang berdampingan bersama calon BN. Rata-rata pnngundi Kajang tidak mahu lagi terus tertipu dengan mainan pembangkang yang memperlekehkan mandat yang telah diberikan pada PRU13. 



Perbuatan pembangkang ini seolah-olah mengambil lewa undi-undi yang telah mereka terima. Bila dah menang, tidak sampai setahun dengan sesuka hati meletak jawatan tanpa sebab yang kukuh. Akibatnya berlakulah PRK di N25. Membazir duit rakyat jer!








No comments:

Post a Comment