SPAD juga tidak akan teragak-agak mengambil tidakan lebih keras seperti membatalkan lesen pengusaha-pengusaha teksi jika para pemandu mereka ditangkap atas kesalahan sama berulang kali.
Usaha pembanterasan teksi biadap ini tidak harus diletakkan atas bahu pihak SPAD. Ia perlu penglibatan semua pihak terutamanya pengusaha dan pengguna perkhidmatan.
Pengusaha bertanggungjawab melakukan saringan terhadap para pemandu mereka serta memberi peringatan sewajarnya dalam melakasanakan tugasan sebagi pemandu.
Manakala pengguna awam pula, tidak sepatutnya mendiamkan diri jika melihat atau berhadapan dengan pemandu teksi yang enggan menggunakan meter. Bertindaklah dengan segera dengan melaporkan kepada pihak SPAD untuk tindakan susulan.
Sepanjang operasi pencegahan oleh penguatkuasa SPAD beberapa tahun. Mendapati pemandu teksi melakukan pelbagai kesalahan lain seperti menentukan tambang perjalanan, enggan ke destinasi, memilih penumpang dan juga melakukan jenayah seperti gangguan seksual terhadap penumpang.
Oleh yang demikian, sebagai rakyat dan pengguna kita harus sama-sama menjayakan usaha pencegahan ini dengan membuat aduan menerusi laman Twitter, Facebook dan emel rasminya di aduan@spad.gov.my atau talian 1-800-88-7723.
No comments:
Post a Comment