Sunday, March 16, 2014

Papan Iklan Calon BN N25 Disabotaj!


Nampak bebenor puak-puak pembangkang semakin terdesak dalam menggerakkan kempen meraih undi di PRK N25 Kajang. Tengahari papan iklan calon BN dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. 

Semua tahu pilihanraya kecil ini berlaku atas alasan bangang calon PKR yang meletak jawatan tidak semena-mena. Dari hebahan rakan media, plan game yang cuba dimainkan puak pembangkang adalah bagi membuka laluan kepada pak non yang terlepas nak jadi Perdana Menteri yang tertiba terhegeh-hegeh nakkan kerusi Menteri Besar Selangor.

Sedang leka membilang hari nak jadi MB, impian pak non terbantut apabila terlupa tentang rayuan kes liwat yang sedang berjalan. Tinggal beberapa hari penamaan calon, mahkamah memutuskan Anwar bersalah meliwat! 

Akibat daripada itu, permainan pembangkang berubah kerana Anwar tak boleh terpilih kerana bakal masuk penjara. Jadi calon pengganti yang diletakkan adalah bini ketua umum itu sendiri iaitu, Kak Jijah. 



Pemilihan Jijah sebagai calon ADUN N25 ini sekali lagi mengulangi strategi Permatang Pauh. DImana Jijah yang pada awalnya Ahli Parlimen kawasan terbabit bertindak mengosongkan kerusi selepas beberapa ketika pak non keluar penjara atas kesalahan salah guna kuasa dan liwat.

Jadi paham-paham sajalah, bukan strategi sahaja di recycle. Calon pembangkang, yakni Kak Jijah sendiri di recycle bagi menjayakan taktik lapok. Perubahan game ini telah menimbulkan keresahan dikalangan rakan parti pembangkang yang melihat Kak Jijah ini tidak mempunyai sebarang track record dalam berbakti bersama rakyat.



Sepanjang karier politik Kak Jijah hanya bermandikan air mata bagi melakonkan kesedihannya bagi meraih undi. Melihat perkembangan ini, puak-puak pembangkang hilang arah dan mula mengambil tindakan drastik dalam kempen N25 dengan memainkan lebih banyak provokasi memburuk-burukkan calon Chew Mei Fun. 

Perkara semakin ganas apabila tengahari semalam papan tanda calon Chew Mei Fun telah diruntuhkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Melihat kepada kelam kabut pembangkang berkempen. Tidak mustahil mereka semakin terdesak dalam mencari usaha untuk menggagalkan calon lawan dengan merosakkan bahan kempen. 




No comments:

Post a Comment