Wednesday, March 26, 2014

Perkhidmatan Awam Semakin Berulat!


Senario perkhidmatan awam di Malaysia ini tidak dapat lari dari menjadi platfom untuk sesetengah pihak mengaut keuntungan senang. Lihat sahaja kebajiran ulat tiket di perhentian bas ekspres dan ulat teksi di lapangan terbang.

Kebanjiran ini seolah lambakan berengga yang memamah kualiti perkhidmatan awam negara dari dalam. Oleh yang demikian pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak mahu aktiviti ulat ini terus bermaharajalela sehingga membusukkan nama negara di mata dunia.

Usaha pencegahan ulat ini tidak mencapai tahap optimum tetapi bukanlah kerana kurangnya penguatkuasa SPAD. Akan tetapi apa yang lebih utama perlu dilihat adalah disiplin dan kurangnya kerjasama dari pihak pengendali perkhidmatan awam dan orang ramai.

Di Tahun Melawat Malaysia 2014, pembiakan ulat-ulat ini semakin galak dan aktiviti mereka kali ini semakin licik dalam mengelak dari dicekup pihak berkuasa.

Ulat-ulat ini menyamar dalam berbagai cara dan adakala berpakaian full suit untuk mengambil pelanggan-pelanggan, berdiri sama-sama menyambut kedatangan dan kemudiannya mempelawa ketibaan pelancong-pelancong untuk menaiki kenderaan Alphard, Camry dan lain-lain yang diubah menjadi teksi.

Samada ulat teksi atau ulat tiket, pasti suatu hari mereka akan ditangkap dan didakwa di mahkamah. SPAD didalam operasi membanteras ulat-ulat ini telah berjaya membuat beberapa tangkapan dan pendakwaan. Di antaranya:

ULAT TEKSI DIDENDA RM 2000
Seorang ulat teksi hari ini didenda sebanyakk RM 2000 oleh Mahkamah Sepang atas kesalahan di bawah Seksyen 205 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010. Mengikut fakta kes, Balasupramaniam A/L Balalee tanpa kuasa yang sah telah cuba memujuk pelancong dari Tunisia untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan dari KLIA ke Putrajaya.


"LAGENDA" ULAT TEKSI DIDENDA RM 5000
Seorang “lagenda” ulat teksi, Sun Nyat Kian hari ini dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 5000 oleh Hakim Mahkamah Sesyen Sepang, Puan Norhafizah. Sun Nyat Kian di anggap “lagenda” ulat teksi memandangkan beliau memiliki 3 pertuduhan lain dan juga pernah dipenjara selama 7 bulan atas kesalahan yang sama iaitu dibawah Seksyen 205 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam meminta hukuman ringan dikenakan memandangkan beliau memiliki banyak tanggungan namun Timbalan Pendakwa Raya Puan Uma Devi Balasubramaniam membantah atas alasan tertuduh tidak menunjukkan sebarang tanda keinsafan.


WARGA EMAS JADI ULAT TIKET DI DENDA RM 2000
Seorang warga emas berusia 63 tahun hari ini mengaku bersalah atas tuduhan dibawah Seksyen 205 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Mengikut fakta kes, tertuduh tanpa kuasa yang sah telah memujuk 3 orang perempuan warga Argentina bagi maksud menawarkan perkhidmatan pengangkutan bagi perjalanan dari LCCT ke Hotel Pacific Kuala Lumpur.

Tertuduh yang mengaku bersalah turut merayu agar hukuman dikurangkan atas alasan beliau memiliki banyak tanggungan. Hakim Puan Norhafizah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 2000 kepada tertuduh dan sekiranya gagal bayar, penjara selama 30 hari.

No comments:

Post a Comment