Kekalutan berkempen pakatan pembangkang semakin teserlah apabila tidak semena-mena membentangkan manifesto? Jika kak jijah umumkan manifesto, jadi secara tidak langsung beliau tidak mengiktiraf manifesto yang dibentuk oleh pembangkang pada PRU13.
Sekaligus membuktikan bahawa orang dalam pembangkang terutama kak jijah tidak percaya kepada manifesto mereka sendiri. Kalau manifesto yang dulu pun dah dianggap sampah, apa bezanya dengan manifesto yang dicanang kak jijah baru-baru ini.
Sudah-sudahlah warga Kajang terus membiarkan diri dari terus dikencing oleh pembangkang. Isu air lintang pukang di buatnya. Isu calon PRK pula, awalnya pak non boleh pulak berubah jadi kak jijah. Sekarang manifesto ni? Hancur!
Bila mandat yang diberi warga Kajang di perkotak katik oleh puak pembangkang. Tiba masanya pengundi Kajang mangajar pembangkang pada hari mengundi 23 Mac nanti. Pilihlah calon Kajang BN yang mesra berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira masa dan di mana.
Calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun telah terbukti memperjuangkan nasib rakyat tidak kira besar mana masalahnya. Ikrar yang diumumkan oleh Mei Fun bukan sekadar omong kosong. Tetapi sudah pun dibuktikan melalui tindakan ketika turun berkempen di seluruh Kajang.
No comments:
Post a Comment