Friday, March 21, 2014

Warga Subang Bakal Merasa Naik Bas Elektrik


Perkara ini bakal menjadi kenyatan apabila perkhidmatan BRT Sunway Line siap pada Jun 2015. Perkhidmatan ini merupakan satu tambah nilai yang strategik buat 500 ribu penduduk di sekitar Sunway dan USJ Subang.

Perkhidmatan ini akan dibina bagi menghubungkan stesen komuter KTM Sri Setia dan stesen LRT laluan Kelana Jaya di USJ Subang Jaya. Pelan pembangunan ini dilihat akan berlaku di kawasan-kawasan utama Sunway dan Subang Jaya di 7 stesen sekali gus membentuk jaringan perkhidmatan yang luas.

Apa yang menariknya nanti, perkhidmata BRT Sunway Line ini akan mengetengahkan perkhidmatan bas elektrik yang mesra alam dan mesra OKU. Antara khidmat tambahan lain disedikan adalah kemudahan "park & ride" berhampiran kampus Universiti Monash yang mampu menampung 1,200 buah kereta.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Kamal telah membuat lawatan bagi meninjau perkembangan projek BRT ini. Turut hadir adalah Pengerusi Sunway Berhad, Tan Sri Jeffrey Cheah dan Pengerusi Prasarana, Tan Sri Ismail Adam. 


Buat masa ini status projek mencapaor 32% siap dan sasaran untuk beroperasi di pertengahan tahun hadapan mampu dicapai. Siap kelak, BRT Sunway Line dijangka mampu membawa dua ribu penumpang pada setiap satu perjalanan dan 30 ribu penumpang sehari dengan kekerapan setiap lima minit.

Projek yang menelan belanja RM549 juta itu dimajukan oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad dan Sunway Berhad. Ia adalah projek BRT yang pertama seumpamanya di Malaysia dari 12 laluan BRT yang dikenalpasti di seluruh negara.

No comments:

Post a Comment