Saturday, November 9, 2013

Punca Kemalangan Bas Genting Dikenalpasti!!


Barisan panel jawatankuasa yang dilantik bagi menyiasat punca sebenar kemalangan yang membabitkan bas di Genting Ogos lalu telah dikenalpasti.

Hasil penyelidikan terhadap kemalangan yang telah meragut 37 nyawa itu mendapati bahawa bas berkenaan dipandu laju dan kelemahan sistem fungsi brek bas berkenaan.

Bukti seperti kesan geseran dan seretan tayar serta impak selepas pelanggaran jelas menunjukkan bahawa bas dibawa melebihi had kelajuan dibenarkan semasa menuruni kawasan berbukit yang berselekoh. 

Kegagalan brek berfungsi dengan baik memburukkan lagi keadaan sehingga menyebabkan bas berkenaan hilang kawalan dan merempuh tembok penghadang sebelum terhumban dan melanggar batu besar di dalam gaung.

Jawatankuasa yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Nur Ismal Kamal ini turut disertai oleh agensi berkaitan antaranya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan lain-lain.

2 comments:

  1. Dah selalu sangat kemalangan mcm ni brlaku. Rasanya keputusan laporan kajian lebih kurang sama jer. Melebihi had laju dan kegagalan brek.
    Boleh cuba luaskan skop penyelidikan tak. Takut lama2 rakyat akan tahu kerajaan cuba selindung sesuatu.

    ReplyDelete
  2. Gangguan emosi pemandu patut juga diambil kira. Saksi kejadian cerita, mood pemanduan berubah setelah berlaku pertengkaran kecil dengan pemandu lain. Kesan telah membuatkan pemandu melepaskan kemarahan ketika memandu. 37 nyawa jumlah harga yang dibayar untuk kemarahan pemandu.

    ReplyDelete