Tuesday, November 24, 2015

Usaha Mencari MH370 Terima Suntikan AUD20 Juta!


Sehingga kini misteri kehilangan MH370 masih belum terungkai. Maklumat yang berlegar dari awal hingga sekarang dikalangan facebooker dan blogger lebih kepada andaian dan konspirasi. Tapi maklumat yang dibentangkan dikalangan pengguna media sosial ini terlalu banyak pencanggahan dan tidak bersandarkan pada bukti konkrit.

Oleh sebab demikian, kita selaku pembaca dan pengguna media sosial harus lebih bertanggungjawab untuk mengkaji terlebih dahulu. Jika tak rajin nak kaji maklumat disaji, jangan pula rajin nak 'viral' kan. Kita perlu fikir sensitiviti keluarga mangsa. Merekalah paling terkesan dengan hebahan begini.

Sehingga berita andaian dan konspirasi ini singgah ke China. Perisik melihat emosi ahli keluarga mangsa China lebih mudah melenting. Namun pihak MAS dengan kerjasama unit tindakan MCA tidak lelah memberikan kaunseling dan penerangan tentang fakta sebenar.

Ada juga berita tersebar menyatakan operasi mencari telah dihentikan. Perkara ini menimbulkan kegelisahan dan amukan dikalangan keluarga mangsa. Tapi hakikatnya operasi dihentikan sementara akibat faktor cuaca dan keadaan lautan Hindi yang tidak selamat untuk kapal-kapal mencari dan menyelamat (SAR).

Inilah antara contoh berita yang dicedok separuh-separuh dan disebar oleh pengguna media sosial yang tak rajin mengkaji. Kesannya ahli keluarga bertambah murung dan pemikiran terganggu dengan berita ini. Seperti tekad para pemimpin Malaysia, MH370 akan dicari sehingga dapat.

Terbaru, Republik China telah memberi sokongan dengan menyumbang AUD20juta kepada Malaysia yang giat berusaha menjejak MH370. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yakin bahawa sumbangan sedemikian dapat memastikan kesinambungan usaha mencari berjalan lancar.

“Malaysia ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada Perdana Menteri China, Li Keqiang dan rakyat negara China di atas sumbangan mereka sebanyak AUD20 juta kepada usaha pencarian berterusan MH370,” kata Tiong Lai.



Operasi SAR yang sedang berlangsung ini diketuai oleh Pusat Penyelaras Bersama Agensi dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia. Pasukan khas ini dibarisi pakar-pakar dari pelbagai negara dalam membatu menganalisis data carian.

“Seperti yang diumumkan pada April 2015, Malaysia bersama-sama dengan China dan Australia komited sepenuhnya untuk melengkapkan pencarian di zon dasar laut dalam dengan lanjutan carian kepada 120,000 kilometer persegi.

“Oleh kerana ini adalah lokasi yang jauh dengan laut dan keadaan cuaca buruk, ia terus menjadi cabaran bagi pasukan mencari dan menyelamat,” Tambah Tiong Lai lagi.

Jadi tidak timbul yang Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Australia dan China untuk menghentikan operasi SAR ini. Apa yang penting kita sebagai pengguna media sosial henti sebarkan berita separuh-separuh tanpa kajian, perihatinlah kita terhadap ahli keluarga mangsa.

#SAR@MH370

No comments:

Post a Comment