Saturday, March 2, 2013

BUKTI: Pakatan Dalang Pencerobohan Lahad Datu


Bahang PRU semakin terasa. Kehangatannya sudah cukup membuatkan puak-puak pakatan menggeletik kepanasan tampil dengan mencipta pelbagai strategi kotor memburukkan kerajaan. 

Sebelum menyentuh kepada detik petempuran dengan pihak penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Ada baiknya kita melihat data-data berikut.


Sulu tidak mempunyai Sultan yang sah atau secara rasmi. Ini adalah akibat pergolakan dalaman yang berlaku di kalangan kerabat mereka sendiri. Buktinya sehingga ke hari ini lebih 50 individu tampil mengaku sebagai pewaris takhta yang berhak sebagai Sultan Sulu.

Sejarah juga menunjukkan, kuasa kesultanan Sulu menjadi terhad kesan dari penjajahan eropah. Pada 1878 secara rasminya kesultanan Sulu hilang penguasaan terhadap Sabah melalui perjanjian dengan British yang seterusnya menjadi sebahagian daripada Tanah Melayu setelah merdeka.



Dua bulan kebelakangan ini pula, perisik dapati Anwar kerap berkunjung ke Sabah. Ditambah pula dengan kelibat beberapa orang kepercayaan Anwar bersama jentera mereka yang terdiri dari blogger berselerak di sekitar Sabah & Sarawak. 

Mereka dilihat mengumpul sebanyak mungkin maklumat mengenai kelemahan dan kelebihan kerajaan yang terdapat di sana bagi dijadikan bekalan dalam menghadapi PRU13. 

Sedang Anwar sibuk berkempen di Sabah, ada pula cerita disebaliknya di mana Tian Chua bersama seorang lagi rakan dalam pakatan melakukan lawatan ke Manila, Filipina. Tempoh lawatannya singkat dan tergesa-gesa kerana mereka pulang keesokkan harinya. Persoalannya apa tujuan mereka kesana?

Untuk makluman,  terdapat seorang yang mendakwa sebagai perwaris kesultanan Sulu yang berpengaruh serta memilki askar sendiri. Beliau bernama Sultan Jamalul Kiram iii yang sudah menetap di Manila sejak 1960an kerana mempunyai kepentingan perniagaan di sana.



Sekarang apa kaitannya dengan pakatan?? 

Kalangan orang kuat dalam pakatan mengatakan bahawa Anwar memberitahu mereka, yang beliau sepatutnya mendapat bantuan dana untuk PRU dari 'seseorang' yang kononnya memiliki kekayaan USD137 billion di Bank New York. 

Dari angka tersebut pun sudah cukup membuat orang pakatan sendiri mengatakan Anwar menipu.

Tidak cukup dengan itu beliau mendakwa bahawa sejumlah besar dana telah dipindahkan ke Malaysia tetapi dibekukan oleh Bank Negara. 

'Seseorang' yang dimaksudkan itu adalah Kiram. Jadi di sini kita dapat melihat tujuan utama Tian Chua ke Manila. Ada berkata mereka berjumpa rakan niaga. Betul ke?

Lebih menarik,  senario politik Pakatan yang ketandusan calon di Sabah, telah di datangi oleh Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee yang menawar kesediaan bertanding atas tiket Pakatan JIKA Anwar berjanji akan memberi kuasa autonomi kepada Sabah. 



Rasa-rasanyanya apa keputusan Anwar? Ramai tahu sikap manipulasi Anwar. Maka beliau pasti akan memenuhi kehendak tersebut bagi memastikan matlamat tercapai. 

Beberapa minggu selepas kepulangan Anwar dari Sabah dan Tian Chua dari Manila. 

Tidak semena-mena lebih 150 orang yang mendakwa diri mereka tentera di-raja sulu menyelinap menceroboh Sabah. 

Pihak kerajaan Filipina telah mengesahkan bahawa mereka adalah askar Kiram. Filipina telah mengingatkan Kiram supaya mengarahkan askar-askar yang diketuai oleh adiknya sendiri, Raja Muda Agbimuddin supaya berundur atau hadapi tindakan undang-undang Malaysia atas kesalahan menceroboh.

Filipina mendakwa bahawa askar penceroboh itu tidak mempunyai kemampuan dari segi kewangan untuk melakukan operasi ketenteraan ini. Mereka percaya kumpulan ini telah dibiayai oleh seseorang kerana perpindahan dan peralatan senjata memerlukan kos yang tinggi. 



Mungkin ada benarnya kerana, beberapa agensi berita antarabangsa antaranya Reuters melaporkan bahawa kumpulan tersebut telah dijemput ke Sabah oleh seorang ahli politik dari pihak pembangkang bagi membincangkan isu tanah? Lihat perkataan yang digunakan angesi tersebut "Invited" / "dijemput". Baca sendiri laporan reuters di bawah.



Bukankah ini bermakna pembangkang menjemput mereka ini masuk secara haram ke negara ini. Mengapa mereka menjadi tali barut menjadi dalang pencerobohan di Sabah sehingga memperjudikan kedaulatan negara?!  

Jelas di sini pimpinan pakatan bukan sahaja sedang memanipulasikan SAPP malah cuba juga mempergunakan Kiram dalam merealisasikan impian mereka bagi mencalar kredabiliti kerajaan. 

Pemberian autonomi kepada Sabah ini telah menarik perhatian Kiram serta orang-orangnya datang ke Sabah. Tidak mustahil Anwar turut menawarkan kedudukan atau ganjaran yang mengiurkan kepada Kiram jika setuju mengikut telunjuk beliau.

Kesudahannya hari ini, kita lihat bertapa ketaksuban politik pakatan ini telah mengakibatkan dua orang anggota unit komando Malaysia terbunuh dalam pertempuran. 





Takziah kepada keluarga wira negara 
AL-FATIHAH

No comments:

Post a Comment