Kini tersebar pula cerita di beberapa blog baru-baru ini menuduh Syed Hamid dan CEO SPAD, Mohd Nur Ismail kononnya cuba tutup mata mengenai aduan gangguan seksual yang berlaku di dalam organisasi tersebut.
Tidak cukup dengan itu tertuduh didakwa mereka, hanya bekelayakan SPM dan dijangka memegang jawatan tinggi dalam SPAD kerana beliau rapat dengan Syed Hamid.
Pada pengamatan perisik terhadap penulisan blog mereka, isu ini dimainkan bukan hanya bermotifkan politik, malah bermotifkan peribadi terhadap tertuduh.
Kita semua tahu negeri Johor merupakan kubu kuat UMNO. Memandangkan PRU13 semakin hampir, pembangkang tiada pilihan melainkan menyerang serta menfitnah setiap Adun dan Ahli Parlimen di sana.
Jelas isu ini sengaja dimanipulasi oleh mereka dengan pelbagai fitnah bagi menjejaskan kedudukan Syed Hamid selaku Pengerusi SPAD dan Ahli Parlimen Kota Tinggi.
Fitnah jijik begini sudah cukup memberi persepsi kepada rakyat yang kononnya SPAD pimpinan Syed Hamid ini tidak beretika dan tidak bertanggungjawab kerana melindungi pesalah.
Hairan dengan tulisan blog mereka, terus sahaja menghukum tertuduh sebagai persalah. Apa definisi pesalah yang cuba mereka berikan kepada rakyat? Takkan dengan ADUAN sahaja sudah cukup bagi kita menjatuhkan hukuman bersalah dan penjara.
Kalau beginilah takrifannya, sudah lama Anwar Ibrahim disumbatkan kembali ke penjara kerana beribu-ribu aduan telah dibuat terhadapnya. Jangan pula kita lupa aduan yang dibuat "anak ikan" Anwar, Mohd Fareez kepada Presiden PAS, Hadi Awang mengenai perangai Wan Azizah yang kuat cemburu.
Ini belum lagi kita kira beribu aduan yang diterima SPAD mengenai salah laku pemilik pengangkutan awam. Jika ikut cara mereka, bermakna pihak SPAD sudah menafikan hak tertuduh dan semua nama dalam aduan akan dihukum.
Tak perlulah mereka hendak berdolak dalih, kerana mana-mana organisasi swasta dan kerajaan sudah mempunyai proses bagi menghadapi isu begini. Antara prosesnya adalah pengeluaran Surat Tunjuk Sebab dan kemudiannya Siasatan Dalaman dilakukan.
Seterusnya diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut. Sudah pasti organisasi korporat seperti SPAD juga memiliki proses sebegini.
Di sini motif peribadi kelihatan, kerana tulisan blog mereka mengaitkan gangguan seksual dan kelayakan ini seolah-olah di rencana oleh orang berkepentingan yang iri hati atau cemburu dengan tertuduh.
Kerana mereka begitu beriya-iya ingin membunuh karier tertuduh bersama SPAD pada kadar segera tanpa melalui semua proses disebutkan tadi.
Jika SPAD bertindak menghukum tertuduh tanpa melalui proses tadi? Sudah tentu dipusing pula cerita mengatakan bahawa Syed Hamid zalim kerana tertuduh dihukum tanpa sebab.
Dah nama pembangkang, kita pusing ikut mana pun mereka akan cuba cari kesalahankan kita.
No comments:
Post a Comment