Monday, March 4, 2013

Blogger Pembangkang Buntu Selamatkan Anwar


Hairan dengan gelagat Anwar Ibrahim serta jentera-jentera media baru pakatan yang bagai cacing kepanasan. Mereka dilihat cuba memutarbelitkan keadaan dengan menunding jari kepada UMNO/BN kerana merekayasa konspirasi Lahad Datu dan menuduh Anwar sebagai dalangnya.

Mereka mendakwa kononnya PELIK, bagaimana kerajaan dengan pantas mengaitkan pencerobohan dengan Anwar Ibrahim. Mereka turut mencipta pelbagai cerita dan situasi yang kononnya pembabitan beberapa cawangan UMNO di kawasan Lahad Datu dan Felda Sahabat yang membawa masuk askar sulu ini. 


Ditambah pula beberapa gambar dan senarai nama penerima darjah Sultan Sulu yang cuba dikaitkan dengan beberapa orang pimpinan kerajaan. Satu strategi menarik blogger pro pembangkang bagi meletakkan PERSEPSI bahawa mereka yang menerima darjah ini berkomplot dalam insiden Lahad Datu. Letak gambar dan nama terus tuduh UMNO. Mudah kerja mereka.


Jangan lupa bahawa terdapat juga beberapa nama dalam pakatan serta arti-artis yang dilaporkan menerima darjah ini. Adakah mereka malu-malu kucing dalam mendedahkan perkara ini? 

Mungkin mereka terlupa meneliti kronologi Lahad Datu ini dengan baik. Kerana segalanya perisik telah jelaskan bagaimana pembangkang terkait dengan penceroboh DI SINI

Ingin perisik tambah lagi, semenjak penceroboh Lahad Datu tercetus. Pihak kerajaan Malaysia bersama-sama Kerajaan Filipina telah melaksanakan risikan serta mengadakan rundingan awal dengan penceroboh. Bagi memastikan mereka keluar dari Sabah tanpa sebarang pertumpahan darah. Namun mereka tetap berdegil.

Tidak lupa juga risikan wartawan antarabangsa yang membuat siasatan sendiri bagi mendapat scoop berita mengenai insiden ini.

Sebagai wartawan sudah tentu anda dapat menjangkakan antara soalan yang diajukan "Apa tujuan mereka datang ke Sabah?".

Keesokkannya, beberapa media antarabangsa antaranya Reuters, Manila Times dan Inquirer News mengeluarkan berita mengenai penglibatan parti pembangkang Malaysia dalam pencerobohan ini. Perkara ini turut dinyatakan oleh pihak risikan Filipina dan Malaysia. 


  

Ini menunjukkan hasil siasatan, rundingan dan temuramah ketiga-tiga pihak dengan penceroboh adalah sama iaitu penceroboh menyatakan bahawa kedatangan mereka ada kaitan dengan beberapa orang ahli politik pembangkang. Ini bukan rekayasa pihak kerajaan Filipina, Wartawan Antarabangsa malah Kerajaan Malaysia. Ini Bukti!

Di sini episod lawak bermula, dimana Anwar tidak semena-mena melatah mengatakan beliau tiada kena mengena atau terbabit dalam pencerobohan itu. Terus sahaja mengatakan semua tulisan media tersebut adalah kenyataan dan konspirasi UMNO/BN? Agak pelik bukan? Kalau diteliti dari laporan awal media antarabangsa tersebut tidak menyebut secara spesifik nama individu atau parti. Mengapa Anwar melatah?



Lebih lawak blogger-blogger mereka memaparkan semua "print screen" atau kenyataan dari media antarabangsa tersebut dalam blog mereka. Mereka dengan tidak sengaja memberi free advertisement kepada portal media antarabangsa yang melaporkan mengenai parti pembangkang sebagai dalang pencerobohan.

Beberapa hari kemudian, barulah nama Anwar mula timbul di setiap media antarabangsa. Mungkin mereka juga dapat mengagak penglibatan beliau kerana hairan mengapa Anwar melatah sedangkan dalam laporan awal tidak menyebut namanya. 

Dalam masa yang sama, beberapa pimpinan pembangkang terutamanya Tian Chua mempermainkan situasi Lahad Datu sebagai wayang kerajaan UMNO/BN. Bengong! Sekarang dah LAPAN anggota terbunuh masih ingat wayang. 

Kerajaan tiada sebab untuk bermain wayang dengan memperjudikan nyawa anggota keselamatan yang selama ini mendapat pembelaan sewajarnya dari kerajaan dengan memastikan kebajikan polis, tentera dan unit anggota keselamatan negara ini terbela. 

Rakyat tidak lupa sejak dari awal lagi, di setiap kali perhimpunan Bersih pihak berkuasa dijadikan tempat mereka hujani pelbagai FITNAH bagi menggambarkan kelemahan, kezaliman dan merosakkan kredabiliti polis. 



Rakyat juga tidak akan lupa mengenai polis dipukul dan dibelasah oleh puak pembangkang ketika perhimpunan Bersih. Jangan pula kita lupa insiden anggota polis digigit oleh Tian Chua. Tindakan mereka ini terang-terangan cuba mengancam nyawa anggota polis negara ini.



Jadi disini tidak mustahil mereka sanggup melakukan perkara serupa di Lahad Datu. Strategi jijik pembangkang untuk menawan Putrajaya mungkin menganggap anggota keselamatan yang terbunuh sebagai "Collateral Damage" asalkan impian tercapai.



Dalam masa terdekat ini, puak pakatan dijangka mengadakan sidang media bagi tujuan melakukan "damage control" yang kita lihat berpunca dari kesilapan percaturan politik mereka sendiri. 

Lawak seterusnya yang bakal mereka lakukan adalah mengumumkan menyaman media utama Malaysia?? Hairan-hairan..Sedangkan media antarabangsa yang melaporkan berita pembabitan pembangkang dengan pencerobohan di Lahad Datu terlebih dahulu. Situasi sama berulang seperti kita lihat dalam isu murtad yang ditimbulkan oleh Nurul Izzah, kerana media pro pembangkang terlebih dahulu mendedahkan tetapi Utusan pula disaman. 


 

Perisik: Adakah pembangkang masih hendak meneruskan strategi kotor ini? Kita tunggu apabila pihak risikan kedua-dua negara selesai melakukan siasatan.

1 comment:

  1. tuan..mohon link kan blog pahangku.com
    Terima Kasih

    ReplyDelete