Monday, March 25, 2013

Mana Teruk? Penyebar? Atau Perlaku Aksi Seks?

Ada orang anggap ni soalan mengarut? Yang cakap tu pun..puak pembangkang sengal otak dok mainkan bahawa blogger UMNO ni tak ada kerja lain asyik cerita seks..seks..seks.

Kalau ikut kepala mereka, memang sampai bila tak sudah-sudah menyalahkan blogger yang menyebarkan aksi seks ni. Tapi mereka ni tak pula guna kepala otak yang satu tu untuk berfikir MENYIASAT sejauh mana kebenaran tuan badan yang MELAKUKAN seks tu. 

Kalau satu gambar atau video boleh juga kita anggap palsu atau auta. Setakat ini, tak silap perisik sudah ada tiga visual dikaitkan dengan bos pakatan. 

Pendedahan sebelum ini, gambar hitam putih dan watak dalam video tu perut boroi dakwa mereka. Dinafi habis-habisan mengatakan video tu hitam putihlah, gelaplah, tak jelaslah, Anwar "tak boroi"..bla bla bla. Siap buat sidang media adakan sesi tunjuk perut nak buktikan. 

Sekarang bila dah keluar yang warna, dipusing pula kata dalam video tu perut tak boroi. Mereka buat perbandingan antara video terbaru (warna) dengan yang lama (hitam putih). Mengapa tidak dibandingkan dengan kenyataan Anwar yang mengaku dia tidak boroi dalam sidang media tu. 

Kalau kita teliti lagak suci pembangkang, sewaktu Anwar berada dalam UMNO. Puak pembangkang lah yang melalak menunding jari terhadap Anwar sebagai tidak bermoral dengan pelbagai gelaran. 

Adakah mereka lupa pada 22 Oktober 1997, Karpal Singh telah mendedahkan Anwar sebagai peliwat di dalam Parlimen. Beliau juga mendesak kerajaan supaya membuat siasatan tuduhan liwat terhadap Anwar. Perkara ini dikuatkan lagi apabila YB Wee Choo Keong mendengar sendiri ucapan Karpal Singh mendakwa Anwar sebagai peliwat di Federal Hotel.




Selepas itu Mohamad Sabu secara konsisten menggelar Anwar sebagai "Anwar Ibrahim Al Juburi" di setiap pentas ceramah sehinggalah Anwar di pecat pada 2 September 1998.



Adakah hanya ketika itu sahaja puak pembangkang menganggap Anwar sebagai peliwat kerana berada dalam UMNO. Namun setelah bebas dan mengetuai pembangkang melambung-lambung mereka mengangkat Anwar untuk dilantik sebagai PM. Apakah kerana setelah jadi pembangkang terus di angkat bak insan "SUCI" ANUgerah tuhan?

Adakah mereka menggunakan kepala otak untuk menyiasat kesahihan dakwaan liwat itu hanya ketika Anwar berada di dalam UMNO dulu. Tapi boleh berubah tuli dan buta setelah orang yang sama mereka hina menjadi bos pembangkang? Dasar Hipokrit mereka ni.

Sendiri meludah cair berkahak ke muka Anwar dengan pelbagai hemburan jijik. Kini menjilat semula ludah tersebut. Uweekk! Itu baru satu sudut, bagaimana pula dari sudut cara tindakbalas Anwar dalam menafikan pendedahan individu-individu mengenai salah laku moralnya. 

Kita ambil contoh Datuk Eskay yang telah secara terbuka melafazkan kepada seluruh Rakyat Malaysia menyebut bahawa lelaki dalam video bersama pelacur China itu adalah Anwar Ibrahim! BACA SINI

Jangan pula kita buat-buat lupa hasil ujian face recognition dari pakar Amerika Syarikat mengesahkan identiti perlaku tersebut adalah 99.9% Anwar. Pengesahan ini diputuskan setelah melakukan ujian berulang kali.


Bagaimana pula dengan Senator Dato' Nallakarupan yang juga secara terbuka mendakwa Anwar sebagai seorang Biseksual. Beliau sendiri memberitahu media bahawa pernah melihat bos pembangkang itu melakukan "aksi" bersama lelaki atau wanita. BACA SINI & SINI

Jangan pula kita ketepikan kenyataan YB Zulkifli Nordin, mendedahkan tentang situasi kecelaruan Anwar yang berlaku depan matanya apabila mendapat tahu Saiful telah membuat laporan polis bahawa dia diliwat bos pembangkang tu. Kenapa pula dia nak gelabah waktu itu kalau tidak bersalah. BACA SINI & SINI & SINI.



Ini baru tiga nama. Tiga nama ini bukan kenalan baru Anwar setahun dua. Tetapi lebih 10-20 tahun bersama Anwar. Satu tempoh yang kita lihat sudah cukup untuk mengetahui luar dalam Anwar. Tetapi ada satu nama lagi yang lebih mengenali Bang Non lebih rapat dan lebih lama dari mereka bertiga. Siapa?



Luahan ini datang dari ribuan suara akar umbi ahli pembangkang sendiri. Tidakkah pembangkang sedar semakin ramai ahli mereka cuci kaki umum keluar parti. Mereka keluar bukan hanya ragu dengan pemimpin yang tidak bermoral malah ragu kemampuan pembangkang memelihara kesucian agama Islam dan menjaga kebajikan rakyat.



No comments:

Post a Comment