Sunday, March 31, 2013

Pakatan Terus Permain Kalimah Allah?


Sehingga ke hari ini tidak nampak sebarang kesepakatan MUKTAMAD sesama pakatan pembangkang dalam isu kalimah Allah yang mula dimainkan mereka. Hanya PAS sahaja yang tersedar akan kesilapan, U-turn melarang bukan Islam menggunakan Kalimah Allah.

Itu pun setelah menerima kencaman hebat oleh ahli akar umbi mereka. Namun respon u-turn masih belum lagi diterima dari PKR-DAP yang kelihatan masih kekal dengan keputusan bercanggah dengan rakan mereka PAS. Adakah PAS masih bermaruah dalam mengekalkan kedudukan bersama mereka yang jelas mempermainkan Kalimah Allah.

Perkara ini tidak akan padam dari ingatan rakyat, selagi tiada jaminan bahawa Kalimah Allah ini tidak digunakan oleh bukan Islam di negara ini. Sudah lama mereka menantikan keputusan pakatan yang tidak kunjung tiba.



Bekas ahli PAS Dr Hassan Ali dari awal dilihat giat mengadakan jelajah selamatkan akidah umat Islam dari gejala murtad. Tetapi pelik usaha begini tidak direstui oleh parti yang kononnya bertunjangkan Islam, PAS. Apa yang sudah dilakukan oleh pimpinan pakatan lain sehingga membuatkan PAS terkedu?  

Hassan Ali  turut menyuarakan ketegasan akan isu Kalimah Allah yang dimainkan pakatan:


KUALA LUMPUR: Presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr Hasan Ali pada Rabu mengemukakan tiga syarat sebelum isu penggunaan kalimah Allah boleh dimatikan.
Antara syarat ditetapkan Hasan ialah mereka yang mengusulkan agar kalimah Allah diizin pakai dalam Bible versi bahasa Melayu mesti bersedia mematuhi peruntukan sedia ada dalam Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen-enakmen Negeri yang telah dikeluarkan berhubung isu itu.
 
Beliau turut menggesa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, yang menimbulkan semula isu tersebut supaya menarik balik gesaan beliau dan memohon maaf secara terbuka. 
"Ternyata gesaan beliau itu telah menyinggung perasaan dan menimbulkan kemarahan umat Islam di negara kita," kata Hasan dalam satu kenyataan di sini.
Syarat ketiga menurut Hasan adalah semua pihak perlu menghormati keputusan Majlis Syura Ulama PAS dan Fatwa yang telah dikeluarkan sebelum ini di peringkat Persekutuan dan Negeri mengenai penggunaan kalimah Allah.
 
"Saya menganggap selagi ketiga-tiga perkara di atas tidak dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan kejujuran selagi itulah isu ini dan lain-lain isu yang berkaitan dengan agama khususnya Islam akan dijadikan modal politik yang akan terus dipolemikkan," tegasnya.
Dalam pada itu, Hasan turut menempelak Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang sehingga kini belum mengeluarkan kenyataan rasmi atau respons berhubung keputusan dibuat Majlis Syura PAS.
"Sekiranya pemimpin-pemimpin DAP dan PKR tersebut mendiamkan diri maka tidak salah bagi rakyat membuat anggapan bahawa sikap sedemikianlah yang akan terus diambil oleh mereka dalam hal-hal seperti ini sekiranya mereka berjaya ke Putrajaya seperti yang diigau-igaukan itu," katanya.


Sementara itu Kongres India Muslim mahu perbuatan mencampuri urusan agama Islam oleh pihak lain sehingga mencetuskan kontroversi dan menyentuh sensitiviti kaum dihentikan segera.
Presidennya Datuk Syed Ibrahim Kader berkata isu itu sekiranya terus digembar-gemburkan akan mengeruhkan hubungan dengan kaum lain dan menggugat keamanan masyarakat setempat. - BERNAMA

 

No comments:

Post a Comment