Wednesday, April 8, 2015

Guna #MeterOn! Aplikasi Mudah & Selamat Sebelum Naiki Teksi!

 

Muat turun aplikasi MeterOn sekarang! Memang sempoi app ni. Aplikasi ini boleh dimuat turun untuk telefon Android dan IOS di laman masing-masing Google Play dan Apple Store secara PERCUMA! Tak rugi apa pun. Hari ini aplikasi ini dilancarkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi kemudahan orang ramai terutamanya pengguna perkhidmatan teksi. 

Perisik sudah mencuba sendiri aplikasi ini bagi melihat dan menilai ciri-ciri yang tersedia padanya. Semangnya banyak kebaikan dapat dimanfaatkan terutamanya oleh kaum wanita yang menaiki teksi sendirian. Kerana kebiasaannya kita akan hanya menaiki teksi tanpa memeriksa nombor pendaftaran sama ada teksi tersebut didaftarkan kepada pemandu.

Sebaiknya inilah perkara yang perlu kita teliti sebelum menaiki teksi. Selalunya di bahagian dashboard ada tertera wajah pemandu teksi tapi kadang-kala dokumen tersebut mungkin palsu. Walaupun perkara ini amat jarang berlaku, apa salahnya kita lebih berwaspada. Jadi di sini #MeterOn memainkan peranannya. 

Dengan #MeterOn pengguna boleh membuat pemeriksaan nombor pendaftaran teksi yang ingin dinaiki terlebih dahulu. Gambar bawah adalah contohnya. Setelah nombor pendaftaran dimasukkan, gambar pemandu akan terus terpapar. Ketika ini mudah bagi pengguna untuk buat pengesahan. Kalau nombor pedaftaran langsung tidak tertera. Elakkan sama sekali menaiki teksi tersebut.



Untuk makluman, setiap teksi mungkin mempunyai lebih dari satu atau dua orang pemandu. Semua pemandu teksi yang berdaftar kepada no pendaftaran teksi akan dipaparkan seretntak pada skrin telefon bimbit anda. Buat masa ini, aplikasi ini meliputi lebih 50 ribu teksi berlesen di kawasan Semenanjung Malaysia. 

Ada beberapa ciri-ciri lain yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna melalui aplikasi ini. Bagi Perisik, keselamatan pengguna antara yang paling utama. Melalui aplikasi ini risiko menjadi mangsa penjenayah yang menggunakan teksi curi dengan nombor pendaftaran palsu dapat dielakkan. 
Secara ringkas terdapat 6 ciri-ciri yang terdapat pada aplikasi ini adalah seperti berikut:

  • Pengesahan pemandu
  • Penjejak perjalanan
  • Anggaran tambang
  • Penilaian pemandu
  • Isyarat kecemasan (SOS)
  • Maklum balas/aduan
Cuma perlu sedikit pembetulan pada aplikasi ini yakni pada anggaran tambang berdasarkan jarak. Kerana anggarannya tidak mengikut kiraan tepat. Contohnya keganjilan pada jarak antara Kuala Lumpur ke Ipoh apabila aplikasi memaparkan jarak hanya 30 kilometer?! Sedangkan jaraknya lebih >200km. Tidak kira apa juga lokasi diletakkan dari Kuala Lumpur ke lokasi-lokasi sekitar Ipoh. Jarak tidak logik yang dipaparkan.

Harap pihak SPAD dapat memperbaiki kelemahan ini supaya anggaran tambang dapat diberikan dengan tepat. Sebab difahamkan aplikasi ini juga bertujuan untuk mengelakkan pengguna daripada ditipu tambang yang tidak masuk akal. Jadi bahagian ini perlu diperbetulkan pada kadar segera bagi mencapai matlamat.

Secara keseluruhannya, aplikasi ini memberi banyak manfaatnya untuk memudahkan kita membuat pengesahan pemandu, menilai pemandu, membuat aduan serta menghantar isyarat kecemasan dengan hanya satu butang sahaja. Apa-apa pun sila pastikan mobile data atau internet sentiasa aktif bagi menggunakan aplikasi ini. 

Tunggu apa lagi muat turun sekarang #MeterOn Di SINI


No comments:

Post a Comment