Sunday, March 3, 2013

Operasi Gempur Penceroboh Lahad Datu


Selepas ruang serta peluang diplomasi diberikan kepada penceroboh supaya keluar dari Sabah tidak diendahkan. Usaha untuk menawan sekumpulan ini pada peringkat awal menjadi detik berdarah buat Malaysia apabila penceroboh menggunakan taktik kotor mengibarkan bendera putih.

Kibaran bendera putih ini disangka isyarat serah diri oleh penceroboh kepada pihak komando. Tetapi ketika menghampiri, tembakan telah dilepaskan sehingga meragut dua anggota komando. 

Jenazah dua wira negara tersebut selamat tiba di Lapangan Terbang Subang yang turut dihadiri oleh DYMM Permaisuri Agong, Tuanku Sultanah Hajah Haminah, YAB PM, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri Datin Seri Rosmah bersama-sama ratusan anggota-anggota keselamatan menyambut ketibaan jenazah rakan mereka.

lahad-datu--najibxxx 
Hari ini pula kita dikejutkan lagi dengan berita kehilangan ENAM lagi wira negara tumbang dalam pertempuran dan serang hendap penceroboh di kawasan Semporna. 

Situasi ini menggambarkan Malaysia diserang buat pertama kalinya dalam tempoh 24 tahun selepas perjuangan Komunis ditamatkan secara rasminya pada 2 Disember 1989.



Pengalaman pertempuran hampir 50 tahun unit keselamatan negara menentang komunis sejak 1948 hingga 1989 menjadi ilmu penting bagi mempertahankan kedaulatan negara. 


 

Dalam tempoh 50 tahun ini tanah air kita telah melalui dua kali tempoh darurat iaitu pada 1948 hingga 1960 (12 tahun) dan 1968 hingga 1978 (10 tahun). Dalam tempoh 12 tahun darurat pertama, kerajaan terpaksa memperuntukkan sebanyak RM1,300 juta atau RM1.3 billion dan beratus-ratus juta lagi untuk darurat kedua.
 

Sejarah seperti berulang kembali, pada era komunis, Tun Abdul Razak yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri mencatur strategi mengengkang pengganas Komunis. Kali ini anakandanya, Najib Tun Razak pula terpaksa berdepan situasi tegang bagi menghadapi serangan askar penceroboh Lahad Datu.
 

Kita lihat seolah-olah situasi ini, sengaja diwujudkan oleh pihak tertentu bagi merosakkan kredebiliti Najib serta usaha membantutkan proses pilihanraya. Laporan risikan Malaysia, Filipina dan wartawan antarabangsa beberapa hari ini bertiup kencang mengaitkan beberapa individu pemimpin pembangkang yang menjadi pencetus kepada pencerobohan ini. 

Jika sebelum ini nama Anwar dan Tian Chua disebut-sebut, kini satu lagi nama dikaitkan iaitu Dr Jeffry Kitingan yang merupakan pengerusi 'Sabah State Reform Party' (STAR). Beliau juga didakwa telah bertemu dengan salah seorang perwaris Sultan Sulu iaitu Datu Muedzul Lai Tan Kiram.


Sumber menyatakan bahawa ada cubaan pemimpin-pemimpin pembangkang ini untuk mengeluarkan Sabah dari Malaysia! Satu langkah jijik memperjudikan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat.

Berbalik kepada situasi di Lahad Datu. Gerakan askar penceroboh ini juga tidak jauh beza dengan pergerakan komunis sebelum ini, yang mahir menggunakan taktik gerila membunuh mangsa. Taktik gerila ini umpama taktik "pukul curi". Menyerang secara senyap dan perangkap.




Di sini jelas, dengan berbekalkan pengalaman 50 tahun mempertahankan negara dari komunis. Unit keselamatan negara sudah cukup bersedia dan dapat mengagak cara pergerakkan musuh.

Dengan pantas, kepungan berlapis dilakukan oleh pihak komando bagi memastikan pergerakkan penceroboh terbatas. Kepungan ini bukan sahaja di darat malah beberapa buah kapal perang turut ditempatkan di kawasan perairan. Pihak ketenteraan Filipina juga memberi kerjasama bagi mengengkang kemasukan beberapa kapal penceroboh yang cuba masuk bagi memberi bantuan kepada rakan mereka yang terkepung.




Sumber maklumat risikan mengenai tahap kekuatan penceroboh menjadi kelebihan buat unit keselamatan negara. Maklumat bekalan makanan, senjata dan pergerakan penceroboh dipantau rapi bagi mencorak strategi merobek ketahanan mereka.

Angka kematian tidak sedikit pun melemahkan semangat juang unit keselamatan negara. Kelengkapan senjata terkini yang selama ini digunakan oleh unit keselamatan negara sewaktu menjadi pengaman PBB di beberapa buah negara luar memberi kelebihan.


Setakat ini unit keselamatan tidak mendedahkan strategi udara yang bakal digunakan bagi meranap kedudukan penceroboh. Strategi udara ini dijangka dilakukan berhati-hati bagi memastikan gerakan lancar tanpa membahayakan unit darat. Mungkin tiada keperluan! Kita lihat bagaimana nanti.

Semua strategi unit keselamatan ini bakal menyaksikan operasi gempur dilakukan dalam masa terdekat bagi menamatkan keganasan pencerobohan yang mula mengancam orang awam.

Perhatian! Pembangkang hanya menanti kematian ORANG AWAM bagi dijadikan senjata menyalahkan kerajaan dan seterusnya menimbulkan huru-hara dalam negara. Usaha ini serupa dengan apa yang berlaku dalam "Arab Spring". 

Tapi mereka terlupa bahawa pihak kerajaan sudah siap sedia menghadapi segala kemungkinan ini. 
Perisik: Pihak risikan Malaysia dan Filipina dijangka menjalinkan kerjasama  siasatan bagi merungkai dalang sebenar pencerobohan ini. Walaupun hasil siasatan belum selesai. Kita lihat siapa bakal melarikan diri keluar negara atau ke kedutaan bagi mendapatkan perlindungan atau suaka politik. 
Mereka yang melakukan ini tahu peruntukan undang-undang dan hukuman yang akan disabitkan terhadap mereka jika bersalah. Penjara atau MATI!

No comments:

Post a Comment