Thursday, March 28, 2013

Mazlan Aliman Cuba Ngayat Azalina! Feewwitt!


Hahaha..apa punya manusia lah perosak Felda ni! Leh tahan jugak jarum ko Mazlan! Sekejap cucuk jarum beracun sekejap tidak. 

Mamat ni siapa tak kenal! Makhluk perosak yang dah kena terajang keluar Felda yang cukup confident nak cipta fitnah terhadap projek RAPID Pengerang. Antaranya mengaitkan Azalina dengan projek RAPID.

Difitnahnya Azalina mempengaruhi Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk memilih Pengerang bagi menjalankan projek RAPID itu. Kesudahannya surat saman sampai ke tangan samdol ni. Boleh tengok video SINI

Perisik difahamkan, Mazlan melalui peguamnya Mohd Harris Al Hajj sedang melakukan cubaan melawak di Mahkamah Tinggi di Johor Bharu. Beliau menfailkan permohonan untuk membatalkan saman yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina.

Sebelum ni Mazlan berdegar-degar tunjuk cool kononnya tak takut hadapi saman dan akan dedahkan dokumen tersebut di mahkamah. Rupanya telor Aliman masih belum ditemui sejak dia buat hal ni. Kisah Kehilangan Telor Mazlan.

Kehilangan telor beliau dipercayai selepas ada ahli parlimen pakatan telah mengkantoikan muslihat Mazlan yang tidak mempunyai sebarang dokumen untuk mengaitkan Azalina dengan Projek RAPID. Siapa Yang Kantoikan Mazlan?.

Jadi tindakan saat akhir Mazlan memang dijangkakan. Bila dah masuk mahkamah bertambah kalutlah mamat ni mencari helah nak lepaskan diri. Sebab itu bagi perisik cubaan beliau menfailkan permohonan membatalkan saman ini sebagai LAWAK.

Lawaknya kerana alasan yang digunakan oleh peguamnya:
“Apa yang dikatakan oleh Mazlan lebih bersifat PUJIAN kepada Azalina sebagai anggota Parlimen yang berjaya membawa pembangunan ke kawasannya dan ia bukan satu fitnah,” kata Mohd Harris.
Hahaha..lama juga perisik nak hilangkan rasa senak ketawa baca ayat peguam Mazlan sebelum menulis posting ni.

Bersifat PUJIAN! Macam haram punya pusing! Video belambak menunjukkan yang beliau cuba memburukan Ahli Parlimen Pengerang kononnya terlibat dengan projek RAPID. Hakikatnya Azalina tidak mempunyai sebarang penglibatan atau kepentingan langsung dalam projek tersebut. Ko terimalah akibatnya!

Awal-awal bukan main lantang menghembur seribu macam fitnah terhadap Azalina. Sekarang kau cuba nak NGAYAT pulak. Ptuuii!

No comments:

Post a Comment