Nuraisyah atau lebih dikenali sebagai Ecah telah terlibat dalam kemalangan hingga kehilangan kedua belah kakinya. Kini Ecah yang juga merupakan anak angkat McDonald's telah mendapat bantuan biasiswa bagi menampung kos pelajaran sepanjang persekolahannya.
Kali ni, McDonald's melalui rumah kebajikan Ronald McDonald House Charities (RHMC) telah berikrar meluaskan lagi pemberian biasiswanya. Difahamkan biasiswa ini akan diberikan kepada 6 pelajar terpilih dari setiap negeri di Malaysia. Dari dulu lagi McDonald's giat dalam menjalankan usaha memberi khidmat masyarakat.
Diharap pemberian biasiswa ini terus konsisten dan bertambah jumlah pelajarnya supaya membuka peluang kepada yang kurang berkemampuan. Usaha McDonald's ini telah digerakkan secara bersama dengan Kementerian Pendidikan sejak tahun 2001 lagi.
Biasiswa yang diketengahkan ini dibahagi kepada tiga kategori mengikut tingkatan pembelajaran di sekolah menengah:
Kategori 1
Tingkatan 1 & 2
Permulaan sekolah* : RM360 x 1
Bulanan : RM 50 x 12
Jumlah setahun : RM960.00
Kategori 2
Tingkatan 3 & 4
Permulaan sekolah* : RM360 x 1
Bulanan : RM 70 x 12
Jumlah setahun : RM1,200.00
Kategori 3
Tingkatan 5
Permulaan sekolah* : RM360 x 1
Bulanan : RM 80 x 12
Jumlah setahun : RM1,320.00
Jumlah tunai biasiswa ini akan dimasukkan terus ke dalam akaun pelajar yang terpilih setiap Disember hujung tahun sebelum sesi persekolahan bermula. Nampak menarik cadangan biasiswa McDonald's ini, namun untuk terpilih menerimanya mestilah menepati piawaian yang ditetapkan oleh pihak McDonald's. Antaranya:
- Mestilah berada di tingkatan 1 Sekolah Harian pada tahun 2016. Murid di Sekolah Berasrama Penuh tidak layak dicalonkan.
- Pendapatan/gaji pokok ibubapa perajar adalah tidak melebihi RM1,500.00 sebulan.
- Pelajar mencatatkan keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan UPSR. Sekurang-kurangnya memperolehi 4,A’ dalam UPSR.
- Pelajar haruslah aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan di sekolah.
- Pelajar mempunyai rekod disiplin yang baik di sekolah. Pelajar yang pernah dikenakan tindakan tertib oleh pihak sekolah adalah tidak layak.
- Pelajar tidak menerima sebarang biasiswa dari organisasi lain.
Syarat ini adalah bagi tujuan memastikan mereka yang benar-benar layak sahaja menerimanya. Perisik rasa langkah ini perlu kerana banyak kejadian dimana yang benar-benar layak gagal mendapat bantuan sewajarnya. Isu ini merupakan masalah berterusan di banyak peringkat pendidikan.
Jadi McDonald's tidak mahu timbul ketidak adilan dalam pemberian biasiswa ini maka, saringan akan dilaksanakan dengan teliti. Tunggu apa lagi, jika rasa anda layak, buatlah permohonan. Borang permohonan boleh dimuat turun di pautan berikut:
http://jpnmelaka.moe.gov.my/v3/images/Borang_Permohonan_Biasiswa_RMHC_2016.pdf
No comments:
Post a Comment