Sunday, March 31, 2013

Chua Jui Meng Lompat?

Confirm kena bayar? Itu suara barua pakatan yang tak tentu hala nak tunding kesilapan sendiri kepada orang lain. Sekarang pimpinan pakatan tidak menunjukkan sebarang kebimbangan langsung akan kehilangan kelibat Chua Jui Meng selaku Pengerusi PKR Johor. 

Segala-galanya berubah setelah kerusi yang diidam-idamkannya, Gelang Patah sah menjadi gelanggang Lim Kit Siang. Pengumuman ini memberi tamparan hebat kepada Jui Meng yang merasakan dirinya telah diperkotak-katikkan oleh pimpinan pakatan.

Baru mau sedar ka Jui Meng? Sejak dari awal lagi sudah menampakkan kemasukan beliau ke dalam PKR pada 18 Julai 2009 hanya sebagai temporary asset untuk kempen pakatan. Pakai Buang Saja Maa!

Tindakan menyertai pakatan bagi memburukkan kerajaan merupakan kesilapan percaturan beliau sendiri kerana terikut-ikutkan perasaan tanpa memikirkan kesan. 

Sekarang dimana kedudukan beliau! Adakah dalam keadaan begini Pakatan masih menganggap beliau relevan? Nampaknya pangkat pengerusi tu hanya sekadar nilai kosmetik yang gah pada luaran sahaja. Hakikatnya tidak berguna langsung kepada parti. 

Kehilangan Jui Meng beberapa hari ini disedari oleh pimpinan pakatan, oleh demikian tempatnya telah diambil alih oleh Dr Ahmad Faidhi Saidi selaku pengerusi. Pengumuman ini dibuat secara terbuka kepada ahli pakatan Johor seolah memberitahu Jui Meng tidak lagi layak memimpin PKR Johor. Apakah dalam keadaan begini Jui Meng masih lagi rasa dia penting dalam Pakatan? LUPAKAN SAJA!

Dengar kini ada usaha untuk menempatkan beliau bertanding di kerusi yang pernah diduduki beliau iaitu Parlimen Bakri. Rasanya ramai sudah tahu angin perubahan di Bakri yang semakin ramai pengundi condong kepada BN. Ditambah pula kemenangan DAP- Er Teck Hwa juga kecil iaitu majoriti 722 undi sahaja pada PRU12. Berbanding kemenangan Jui Meng pada PRU-11 dengan majoriti 19,059 undi.



Kehilangan Parlimen Bakri kepada DAP pada PRU-12 bukanlah kerana faktor Jui Meng. Tapi faktor utamanya adalah melibatkan kelicikan jentera pembangkang menggunakan media baru yang berjaya menenggelamkan fakta dan kempen yang cuba disampaikan oleh calon-calon BN ketika itu. 

Ada sumber lain mengatakan beliau cuba-cuba untuk mendapatkan semula tempat bersama MCA? Dalam keadaan rentak politik kini, parti komponen BN dilihat lebih berhati-hati memilih barisan jenteranya kerana apa yang penting adalah KESETIAAN.

Adakah MCA perlu "kesetiaan" ala Jui Meng dalam parti mereka? Sekarang pun MCA mampu bergerak tanpa kehadiran Jui Meng? 

Inilah akibat salah percaturan politik Jui Meng. Beliau mungkin tidak menyangka karier politiknya terkorban begitu sahaja.


No comments:

Post a Comment